Ketahui Tip-tip Mudah Perancangan dan Pengurusan Pelaburan Unit Trust Anda di...
Posted by Aju Monday, March 19, 2012 at 15:26 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KERJAYA, KWSP, PELABURAN, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
Salam tahun baru....Hari ini saya nak cerita sikit...berkenaan tajuk dia atas...(ni pun selepas terima satu panggilan dari salah satu client unit trust-Public Mutual...).
Antara 7 SEBAB UTAMA kenapa anda RUGI dalam Unit Trust adalah kerana:-
Posted by Aju Thursday, January 19, 2012 at 10:02 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
Berikut merupakan antara 6 fakta kewangan rakyat Malaysia yang rasanya ramai orang tak tahu (ataupun saja tak nak ambil tau kot... :P)...
1. "72% pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa 3 tahun sahaja..." - kata Tan Sri Abdul Halim Ali, Mantan Pengerusi KWSP. (Tips...Simpanan KWSP anda bole BERGANDA dengan melabur di dalam Unit Amanah @ Unit Trust)Kesimpulannya, sebagai Rakyat Malaysia kita patut menerapkan budaya berbelanja dengan lebih berhemah dan seterusnya membuat rancangan penyimpanan yang lebih efektif dan berkesan di masa hadapan.
2. "79% Rakyat Malaysia berbelanja melebihi 10% daripada pendapatan tahunan mereka... Manakala 15% lagi berbelanja melebihi 40% daripada pendapatan tahunan mereka..." - Hasil Kajian oleh Mastercard Worlwide ke atas Indeks Keutamaan Pembeli Pengguna.
3. "Adalah dianggarkan 9 daripada 10 penduduk di Malaysia ini mempunyai hutang..." - kata Abdul Aziz Ibrahim, CFP.
4. "25% daripada jumlah orang yang diisytiharkan Muflis dalam negara ini adalah pengguna Kad Kredit..." - kata Datin Fauziah Mohd Ramly, Mantan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
5. "Ramai yang tiada dana kewangan persaraan untuk hari tua..." - Kajian CIMB Aviva (Hmmm...di Public Mutual, kami membantu anda menyediakan dana persaraan hari tua anda dengan kenderaan Unit Amanah / Unit Trust...)
6. "Kira-kira 60% daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40% pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 Bilion (stat Okt 2006). Dan kira-kira 30% kes muflis membabitkan pemegang kad kredit yang kebanyakkannya adalah eksekutif muda bawah 30 tahun.
Posted by Aju Monday, November 15, 2010 at 20:58 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KEWANGAN, PELABURAN, PERANCANGAN, SOLUSI, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
Selain Benjamin Graham dan Warren Buffet, ada pelabur lain yang perlu kita kenal seperti John C Bogle. Beliau merupakan salah seorang pelabur lagenda yang terkenal dengan konsep index fund investment. Beliau menulis dalam bukunya, Common Sense on Mutual Funds;
Berikut merupakan 3 Rahsia Pelaburan beliau kepada kita semua:-"Rahsia Pelaburan Sebenarnya Adalah...
Tiada Rahsia..."
1. Kita Mesti MelaburRisiko yang paling besar adalah apabila kita langsung tidak melabur, iaitu tidak menjadikan wang bekerja seperti hamba kita semua. Itulah risiko jangka masa panjang yang lebih berbahaya berbanding risiko jangka masa pendek seperti kegilaan pasaran.
2. Masa adalah RakanBeri masa kepada diri kita. Mulakan pelaburan seawal mungkin, sebaiknya pada usia 20an lagi dan mulakan sekarang walaupun jumlahnya kecil dan lakukan secara konsisten. Pelaburan yang kita lakukan walaupun pulangannya hanya sederhana ketika zaman gawat tetap membantu kita dan akhirnya membentuk tabiat pelaburan yang baik. "Compounding Interest" adalah magik!
3. Emosi adalah musuhHilangkan emosi dari pelan pelaburan. Letakkan harapan yang rasional untuk pulangan pelaburan kita dan tetapkan harapan tersebut sampai bila-bila. Kesejukan dan kegelapan waktu salji pasti pasti hilang dan hari-hari yang cerah pasti tiba.
Posted by Aju Saturday, November 13, 2010 at 00:30 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, PELABURAN, SOLUSI, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
Dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu ketika ini, membuka ruang untuk kita memikirkan semula bebanan hutang yang perlu diuruskan. Tanpa perancangan dan pengurusan kewangan yang bijak pastinya memeningkan kepala kita. Adalah lebih baik jika dapat mengetahui tanda awal yang menunjukkan anda tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik. Antara tanda-tandanya adalah seperti berikut:-
1. Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung soal wang.
2. Nisbah hutang adalah lebih tinggi dari pendapatan.
3. Menggunakan had kad kredit sehingga maksimum.
4. Hanya membayar bayaran minimum bagi segala hutang.
5. Selalu menangguhkan pembayaran bil bulanan yang menyebabkan hutang tertunggak.
6. Terlalu banyak berhutang dengan saudara atau rakan.
7. Tidak dapat tidur malam dengan lena.
Posted by Aju at 00:00 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KEWANGAN, PERANCANGAN, SOLUSI, UMUM
Berikut merupakan antara tips yang saya rasa amat berguna kepada bakal pelabur dan pelabur unit trust yang sedia ada. Ini kerana masih ramai lagi yang salah anggap berkenaan pelaburan unit trust melalui KWSP ini hanya untuk "sekali buat" ataupun untuk di"peram" selama mana umur belum mencecah 55 tahun.
Sebenarnya tujuan KWSP membenarkan akaun 1 diambil untuk pelaburan adalah untuk MEMAKSIMUMKAN simpanan KWSP dengan risiko dan alternatif individu itu sendiri. Ingat tujuan utama adalah memaksimumkan simpanan. Jadi, hari ini saya akan berkongsi antara tips yang amat berguna untuk pelaburan unit trust melalui KWSP:-
1. Anda perlu MEMBUAT PELABURAN ke dalam DANA yang telah DIBENARKAN oleh KWSP. Contohnya, Public Islamic Equity Fund, Public Islamic Dividend Fund, Public Islamic Optimal Growth Fund, Public Islamic Select Sector Fund, Public Ittikal dll (sila semak www.publicmutual.com.my untuk keterangan lanjut).Justeru itu, jika sesiapa yang masih teragak-agak dan belum lagi membuat pengeluaran pelaburan KWSP ini, apa kata anda LAKUKANNYA SEGERA sebelum pihak KWSP mengubahkan polisi mereka. Kini saya pasti... semua orang BOLEH JADI JUTAWAN !!!
2. MAKSIMUMKAN jumlah PENGELUARAN KWSP yang boleh DILABURKAN. Contohnya, jika jumlah pengeluaran pelaburan dibenarkan adalah RM 3200; maka keluarkan jumlah tersebut dan masukkan kedalam dana pelaburan pilihan anda.
3. Sentiasa melakukan PELABURAN BERKALA setiap 3 BULAN sekali. Bermakna anda sepatutnya dapat melakukan pengeluaran pelaburan 4 kali setahun.
4. Anda PERLU PEKA dengan HARGA SEUNIT DANA yang telah anda laburkan. Anda sepatutnya peka akan tarikh tahun kewangan berakhir bagi setiap dana yang anda telah laburkan. (Setiap dana pelaburan mempunyai tarikh tahun kewangan berakhir yang berbeza-beza dan dividen akan diisytiharkan pada waktu itu). Anda juga boleh klik di bahagian kiri blog BicaraMoney.com ini di bawah Other Links --> Bloomberg-Public Islamic Funds untuk lihat prestasi semasa dana pelaburan anda.
5. Jangan malu untuk MINTA AGEN @ KONSULTAN akan maklumat dan laporan NILAI PELABURAN SEMASA dengan CAMS (Client & Agency Management System). Di sini anda patut tahu nilai harga semasa bagi seunit dana pelaburan anda.
6. Jika nilai semasa pelaburan anda meningkat dari nilai asal pelaburan, maka anda dinasihatkan MENJUAL PELABURAN tersebut untuk mengambil UNTUNG dari kenaikkan pelaburan tersebut.
7. Proses JUALAN tersebut dilakukan dari dana asal pelaburan Public Mutual anda ke dana BON (SUKUK) atau MONEY MARKET Public Mutual. Ini adalah 1 cara terbaik untuk anda mengeluarkan wang beserta keuntungan yang diperolehi disamping ianya dapat MEMAKSIMUMKAN pelaburan anda di Public Mutual dan KWSP di masa depan. Maaf! Tiada cek atau tunai yang anda perolehi ketika ini hanya melihat transaksi ini berlaku sahaja.
8. SILA ULANG LAKU aktiviti di atas. Insyaallah anda akan lihat perubahan dan penambahan drastik di dalam akaun KWSP anda. Selamat Mencuba yer...
Posted by Aju Thursday, November 11, 2010 at 23:59 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KWSP, PELABURAN, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
Sudahkah anda mempunyai pelaburan. Tahukah anda pelaburan di dalam Unit Trust boleh dilakukan HANYA menggunakan DUA cara mudah. Pertama, anda boleh melabur dengan menggunakan wang tunai ataupun yang ke-2, melabur "tanpa modal wang poket anda sendiri" iaitu dengan KWSP. Bagaimana...jom kita tengok...
1. Pelaburan Unit Trust secara Tunai
2. Pelaburan Unit Trust melalui pengeluaran simpanan ahli KWSPPengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Berikut adalah Pengiraan Amaun Kelayakkan untuk Melabur;Secara asasnya cara pengiraan adalah; Total Simpanan Akaun 1 – Simpanan Asas x 20%
Posted by Aju Wednesday, November 10, 2010 at 20:29 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KWSP, PELABURAN, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
Satu cara yang selalu disebut ketika bercakap mengenai bagaimana mengelakkan daripada menghadapi banyak risiko dalam pelaburan ialah pempelbagaian.
Pempelbagaian bermakna "mengembangkan pelaburan kepada beberapa cabang", iaitu tidak meletakkan wang dalam satu pelaburan sahaja, sebaliknya menyertai beberapa pelaburan.Samalah seperti tidak meletakkan semua telur dalam satu bakul, kerana jika bakul terhempas jatuh, kemungkinan semua telur akan pecah. Begitu juga, jika anda melaburkan semua wang dalam saham satu syarikat, jika nilai saham itu menjunam jatuh, anda mungkin kehilangan wang yang dilaburkan.
Strategi yang baik ialah menggabungkan pelaburan yang berisiko tinggi dengan yang berisiko rendah dan meletakkan pelaburan itu dalam setiap cabang pelaburan dan kumpulan aset. Mengapa buat demikian?Supaya anda mempunyai peluang lebih baik untuk berjaya dalam sesuatu kelas aset dan di kalangan kumpulan sesuatu aset. Bayangkan bagaimana jika semua wang simpanan anda terikat dalam pasaran saham sedangkan anda dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang tunai dengan cepat. Sudah tentu anda menghadapi masalah mudah-tunai sekiranya pada waktu itu pasaran saham pula terus menjunam.
Jika anda membuat mempelbagaikan pelaburan secara bijak, kerugian yang ditanggung dalam sesuatu pelaburan boleh ditampung oleh keuntungan daripada pelaburan lain yang berprestasi baik. Risiko pelaburan anda juga dapat dikurangkan manakala kadar purata pulangan dapat dimaksimumkan.Bagaimanapun, elakkan daripada mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan. Memang betul tidak wajar jika anda melaburkan semua wang dalam satu tempat, tetapi melaburkannya dalam terlalu banyak instrumen kewangan juga tidak bijak kerana sukar untuk mengawasi semua pelaburan serentak. Lagipun, kalau mempelbagaikan pelaburan secara berlebihan, pelaburan anda akan membuat imbangan balas antara satu sama lain (mungkin pelaburan yang mengalami kerugian lebih banyak berbanding pelaburan yang untung dan keuntungan itu terpaksa digunakan untuk menutup kerugian) hingga menyebabkan akhirnya anda tidak mendapat apa-apa daripada pulangan pelaburan anda.
"Risiko wujud sebab kita TIDAK TAHU apa yang kita sedang lakukan" - Warren Buffet
Posted by Aju Friday, October 22, 2010 at 11:49 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, PELABURAN, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
Bagaimana nak mengira caj jualan @ service charge dalam transaksi pelaburan unit trust. Ramai pelabur unit trust malah Unit Trust Consultant (UTC) sendiri agak keliru dengan pengiraan Sales Charge ataupun sesetengahnya panggil Service Charge. Setiap kali datang statement, mesti beberapa angka dalam statement tu tak dapat dikira dengan tepat. Statement salah print ker? Atau bagaimana pengiraan yang sebenar?
So, untuk memahami pengiraan sebenar Sales Charge pelaburan unit trust anda, saya tunjukkan contoh actual statement dari pelaburan dalam dana Public Islamic Optimal Fund (PIOF) baru-baru ini. Ini ialah gambar statement tersebut.
Contoh statement:

Saya hanya bayar RM1000.00 untuk first time invest dalam dana tersebut.
Kebiasaannya, pelabur dan UTC sendiri akan kira begini,
Total Sales Charge = Bayaran X Sales Charge (%)
= RM1000.00 X 5.5%
= RM55.00
Jadi, Amount Invested = RM1000.00 - RM55.00
= RM945.00
Total Units (Jumlah unit yang dapat) = Amount Invested / NAV
= RM945.00 / RM0.2191
= 4313.099 unit
Ataupun kiraan yang dipermudahkan,
Total Units = (RM1000.00 - 5.5%) / RM0.2191
= 4313.099 unit
Sebenarnya ini adalah kiraan yang salah. Buktinya, nilai dari pengiraan diatas tak sama dengan nilai dalam statement tadi. Di statement tu tulis Sales Charge RM52.13, so kalau kira dengan cara diatas, sales charge tak sampai 5.5% lah kan (RM52.13/RM1000.00 X 100% = 5.213% saja).Mengapa jadi begini? Saya pernah bertanya pada UTC lain, jawapan mereka ialah “dalam prospektus tu ada tulis charge sehingga 5.5%, jadi Public Mutual bagi discount lah.. charge kurang dari 5.5%”. Hmmm… memang betul, dalam prospektus ada tulis perkataan sehingga tu tapi, dalam statement tak ada. Statement mestilah tepat dan telus… ini undang-undang. So, bagaimana kiraan yang betul?
Sebenarnya, sales charge dikira keatas “Amount Invested” bukannya keatas “Amount Paid atau Jumlah Bayaran”.Bagaimana nak kira Amount Invested ni? Begini, formula asasnya :
Posted by Aju at 11:39 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KIRA, PELABURAN, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
Terdapat beberapa "Silap Besar dalam Unit Trust" yang patut diketahui oleh pelabur unit trust. Berikut merupakan 7 kesilapan kenapa orang "Takut" dan "Rugi" dalam pelaburan unit trust ini...
1. Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pengagihan dividen dan bonus hampir hendak diumumkan.Salah!!! Jika ejen unit trust menasihatkan anda supaya melabur dalam unit amanah kerana bayaran dividen dan bonus akan dibayar tidak berapa lama lagi dan anda akan mendapat keuntungan segera, fikir baik-baik. Anda perlu mengetahui perkara yang terbabit dalam pengagihan bonus dan dividen unit amanah. Bonus akan meningkatkan jumlah unit dalam dana tersebut. Misalannya, pelaburan anda dalam suatu dana berharga RM1 satu unit dan anda melabur RM1,000 bagi 1,000 unit. Dana itu kemudiannya memberikan bonus sebanyak satu unit bagi setiap satu unit yang anda miliki (bonus satu-untuk-satu). Selepas itu, anda memiliki 2,000 unit. Tetapi unit tambahan itu tidak menaikkan nilai pelaburan anda kepada RM2,000. Nilainya kekal RM1,000 kerana unit tambahan itu sebenarnya mengurangkan nilai unit anda daripada RM1 kepada RM0.50 (RM1,000 dibahagi dengan 2,000 unit). Begitu juga, jika dana anda mengumumkan dividen sebanyak 5% atau RM0.05, nilai unit anda akan berkurangan daripada RM1 kepada RM0.95 selepas dividen diagihkan. Dividen itu tidak akan menaikkan nilai unit anda kepada RM1.05. Jadi, melabur sebelum bayaran dividen atau bonus diumumkan bukanlah cara untuk mendapat keuntungan segera. Sentiasa berfikir jangka panjang ketika melabur dalam unit trust.
2. Sentiasa pilih dana yang dahulunya memberikan anda pulangan tinggi.Salah!!! Prestasi lalu tidak menggambarkan prestasi masa akan datang. Pelabur tidak harus melihat kepada rekod prestasi lalu untuk meramalkan prospek akan datang. Kaji strategi pelaburan dan pengagihan aset dana tersebut untuk memantapkan keputusan pelaburan anda. Pada umumnya, pengagihan aset mempunyai sumbangan penting kepada pulangan keseluruhan dana.
3. Semua dana unit amanah sama.Salah!!! Terdapat pelbagai dana dengan objektif pelaburan yang berbeza-beza. Setiap satu mempunyai ciri-ciri dan elemen risiko yang berbeza. Pelabur MESTI membaca prospektus dana untuk mempelajari dana tersebut dan harus menimbangkan untuk memilih dana yang sejajar dengan keperluan pelaburan dan profil risiko mereka. Anda mungkin melabur dalam dana yang salah jika anda fikir semua dana unit trust sama.
4. Pulangannya hanyalah dividen.Salah!!! Pelabur boleh mengukur prestasi pelaburan mereka dalam unit trust melalui pelbagai cara. Ini lazimnya meliputi pengiraan untung modal (jumlah selepas harga jualan ditolak harga belian) atau jumlah pengagihan yang diterima daripada dana. Bagaimanapun, kaedah paling berkesan dalam mengukur prestasi ialah dengan memasukkan kedua-duanya sekali. Pengukuran prestasi ini dipanggil pulangan keseluruhan kerana membabitkan semua sumber pendapatan iaitu dividen dan untung modal (atau rugi).
5. Unit amanah ialah akaun simpanan dan bebas daripada risiko.Salah!!! Pelaburan dalam unit trust tidak sama dengan menyimpan wang anda dalam akaun simpanan. Jika anda melaburkan RM1,000, anda mestilah bersedia menerima hakikat bahawa ada kemungkinan akhirnya wang anda itu berkurangan daripada jumlah yang anda laburkan. Ini kerana pelaburan anda terdedah kepada risiko dan anda mungkin menanggung kerugian disebabkan oleh risiko tersebut. Semua bentuk pelaburan mempunyai tahap risikonya sendiri dan pelabur mestilah bersedia untuk menerima risiko tersebut.
6. Percaya kepada hanya satu syarikat pengurusan sahaja.Salah!!! Bukan semua dana daripada syarikat pengurusan yang sama memberikan prestasi atau pulangan yang sama kerana dana tersebut mungkin mempunyai objektif pelaburan yang berbeza-beza dan kerana itu, mempunyai elemen risiko dan pendedahan yang berlainan. Bergantung kepada keadaan pasaran, setiap dana mempunyai prestasi berlainan walaupun syarikat pengurusan adalah sama.
7. Kata-kata ejen anda semuanya benar.Salah!!! Sentiasa semak apa dikatakan oleh ejen anda! Jika anda tidak jelas dan tak faham apa yang diterangkan oleh ejen tersebut, kemukakan seberapa banyak soalan yang boleh sehingga anda berpuas hati. Mungkin soalan yang anda fikirkan "Bodoh" adalah soalan penting untuk mengumpul lebih banyak maklumat mengenainya. Pada masa yang buatlah kajian dan dapatkan info sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan. Jangan melabur sehingga anda berpuas hati dengan maklumat yang diberikan. Sentiasa ingat bahawa setiap keputusan pelaburan yang diambil adalah tanggungjawab anda bukannya ejen anda.
Posted by Aju at 10:52 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, PELABURAN, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI ???Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.

BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG ???Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.
SIAPA YANG PATUT MELABUR DALAM UNIT AMANAH ???Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan, yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.
KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH ???1. Pengurusan Dana Profesional
PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK !!!a. Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham
Posted by Aju Thursday, October 21, 2010 at 13:26 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KERJAYA, PELABURAN, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
Kebanyakan rakyat Malaysia TIDAK MEMAHAMI sepenuhnya kepentingan dan manfaat kewangan peribadi, melabur dengan bijak dan merancang untuk persaraan.
Di dalam bidang kewangan peribadi hanya 28 peratus dari responden mengawal peruntukan bajet mereka, 37 peratus berjimat manakala 46 peratus cuba berjimat dan membuat peruntukan perbelanjaan.
Hanya 22 peratus dari responden mempunyai rancangan persaraan yang rasmi manakala lebih daripada seperempat tidak ada idea atau tidak memulakan lagi satu rancangan persaraan manakala 45 peratus mempercayai mereka akan menerima bantuan kewangan dari anak-anak mereka.
Posted by Aju at 12:58 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KEWANGAN, PERANCANGAN, SOLUSI, UMUM
Keghairahan manusia untuk mencari jalan mudah mengaut keuntungan dan kekayaan mendorong kewujudan skim cepat kaya yang cukup popular di kalangan kelompok masyarakat tertentu. Skim yang dilihat 'sempurna' ini akhirnya menjerat diri pelabur tamak dan gagal melihat strategi licik dan tipu daya penganjur skim itu.
Skim cepat kaya ditakrifkan sebagai satu pelan pelaburan yang menawarkan kadar pulangan tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan kecil dan pada masa sama menjanjikan pelaburan berkenaan mudah dan bebas daripada sebarang risiko.Pengguna lazimnya tertarik dengan pelan pelaburan dan testimoni mereka yang berjaya mengaut keuntungan berlipat ganda. Terdapat penganjur skim yang menggunakan penyata kewangan bank menunjukkan transaksi aliran deposit wang ke akaun pelabur.
Bank Negara Malaysia sudah mengharamkan jenis serta aktiviti skim cepat kaya yang tertakluk mengikut undang-undang. Antaranya aktiviti pengambilan deposit secara haram.Mengikut takrifan Bank Negara Malaysia, aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah perbuatan menerima, mengambil atau bersetuju menerima deposit sama ada dalam bentuk wang atau logam berharga daripada orang awam atau pelabur dengan menjanjikan pembayaran semula deposit biasanya faedah, pulangan atau sebarang balasan berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai lesen yang sah.
Lesen sah terbabit tertakluk mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.Saya sendiri sering menjadi rujukan kepada pengguna yang bertanya status pelaburan tertentu, namun secara peribadi saya menasihatkan mereka menjauhi pelaburan yang tidak berlandaskan syariah Islam dan tidak diketahui punca perolehan dan agihannya. Pelaburan berkaitan amat berisiko dan sering membuatkan pelaburnya termenung panjang kelak.
Urus niaga mata wang asing haram adalah antara skim cepat kaya yang dilarang mengikut peruntukan undang-undang Bank Negara. Aktiviti membeli atau menjual mata wang asing di antara dua individu boleh dikategorikan sebagai urus niaga mata wang haram.Segala aktiviti pembelian dan penjualan mata wang asing di antara dua pihak perlu mendapat kebenaran daripada Pengawal Pertukaran Wang Asing mengikut Akta Pengawal Pertukaran Wang Asing 1953 (AKPW).
Terdapat pelbagai pelaburan yang lebih selamat dan diiktiraf secara syariah. Fitrah manusia inginkan kemewahan dan kesenangan, tetapi kita harus mengambil kira pelbagai aspek sebelum terjerat dalam aktiviti skim cepat kaya.Kita boleh mengesan pelaburan skim cepat kaya melalui pelbagai cara. Individu atau syarikat yang menganjurkan skim berkenaan yang membabitkan pengambilan deposit orang awam harus mempunyai lesen mengikut seksyen 6(4) Akta dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.
Penganjur skim lazimnya akan berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah dalam satu tempoh masa dalam bentuk wang atau nilaian wang.Ini jelas menunjukkan ia adalah skim yang tidak diiktiraf dan boleh dikategorikan sebagai skim cepat kaya. Penganjur skim bijak berselindung untuk menipu orang awam dengan menggunakan taktik seperti menawarkan pulangan pemberian emas dan barang berharga. Masyarakat diyakinkan bahawa deposit terbabit adalah pinjaman kepada syarikat. Ramai terpedaya dengan penampilan kemas dan permainan helah serta tipu daya wakil penganjur skim cepat kaya. Jangan mudah terpedaya!
Antara strategi lain seperti menyediakan akses dalam laman web untuk mengaburi pelabur dan menceritakan kehebatan syarikat induk yang berpangkalan di luar negara dan menggunakan akaun bank untuk pelabur mendeposit pelaburan mereka. Penggunaan akaun pihak ketiga oleh penganjur akan menyukarkan mangsa mendapatkan pengadilan kelak.Masyarakat harus lebih bijak meneliti dan berwaspada terhadap pengaruh penganjur skim cepat kaya dan jangan terjebak kerana ia akan mendatangkan kemudaratan dan bertentangan dengan undang-undang dan tidak mempunyai pengiktirafan secara syariah.
Posted by Aju at 12:26 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KEWANGAN, PELABURAN, SOLUSI, UMUM
Satu lagi aspek yang perlu diambil kira sebagai individu bekerja adalah untuk mengambil tahu perkara mengenai insurans perubatan dan kesihatan serta insurans dan pelaburan supaya anda dilindungi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Namun, langkah pertama yang perlu dilakukan sebaik mula melangkah ke alam pekerjaan adalah merancang perbelanjaan bulanan.Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda bergaji besar atau kecil bagi tujuan mencapai matlamat kewangan iaitu sama ada bagi membeli kereta, rumah, pergi melancong, mendirikan rumah tangga atau bagi tujuan persaraan.
Antara kesilapan yang sering dilakukan kebanyakan daripada kita adalah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Namun, anda sebenarnya boleh mengelak daripada melakukan kesilapan sebegini dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.Selepas anda menentukan matlamat kewangan yang ingin dicapai, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik supaya matlamat itu mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda dalam masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda.
Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang?
Berapa banyak hutang anda setiap bulan?
Berapa baki wang yang masih ada di hujung bulan?Sekiranya wang anda tidak berbaki pada hujung bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja. Justeru, teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah dibeli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda.
Tentukan jumlah pendapatan bulanan anda.
Tambah jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjaman pelajaran, pinjaman kereta, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain.
Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti membayar cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain.
Posted by Aju at 10:00 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KEWANGAN, PERANCANGAN, SOLUSI, UMUM
Anda mungkin pernah mendengar pepatah ini, "Apabila hujan, ia turun dengan lebat!" Ini adalah benar, lebih-lebih lagi dalam masalah kewangan kerana kesan gandaan. Justeru, kita dinasihatkan supaya menyediakan satu Dana Kecemasan kita sendiri sebelum 'tsunami' kewangan melanda!
Apakah yang dimaksudkan "Dana Kecemasan"?"Dana kecemasan" biasanya adalah satu dana yang anda cipta untuk membayar perbelanjaan di luar jangkaan. Sebagai contoh:
Mengapa Saya Perlu Ada "Dana Kecemasan"?Seperti mana yang dikatakan oleh Forrest Gump dalam filemnya "Life is like a box of chocolates… you'll never know what you'll get!" ("Hidup ini seperti sekotak coklat... anda tidak akan tahu apa yang anda akan dapat!") Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari cerah dan hari hujan. Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungi diri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untuk situasi yang tidak diduga, pada waktu itulah anda memerlukan lonjakan tambahan "Vitamin M" (duit kecemasan).
Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?Anda mungkin berfikir yang tiada baki duit yang dapat disimpan selepas membayar semua bil. Ramai orang, tidak kira berapa banyak duit yang mereka ada, mengatakan mereka tidak dapat menyimpan. Itu adalah kerana perbelanjaan biasanya meningkat sehingga ia menggunakan semua duit lebihan anda.
Apakah yang dimaksudkan "Bayar Diri Anda Sendiri Terlebih Dulu"?Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duit anda dan anda berhak menyimpan sebahagiannya untuk diri dan keluarga anda.
Berapa banyak yang patut saya simpan?Sebagai garis panduan, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan anda. Bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan selalu. Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang anda selesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arah matlamat itu. Sudah tentu jika anda boleh simpan lebih, itu adalah lebih baik.
Di manakah saya patut menyimpan "Dana Kecemasan" saya?Dana kecemasan anda patut disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan pada waktu kecemasan. Namun, ia tidak patut menjadi terlalu senang untuk anda menggunakannya dengan sesuka hati anda. Anda mungkin memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan bank tetapi memilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya, anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan. Pilih dana yang memastikan keselamatan kepada modal anda sementara memberikan pulangan yang berpatutan.
Bagaimana saya boleh tahu bila "Dana Kecemasan" dapat digunakan?Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlu memikirkan hal ini dengan lebih awal. Masih ingatkah perbincangan kita mengenai menetapkan syarat? Buat beberapa syarat untuk situasi yang anda boleh gunakan duit ini, supaya anda tidak membazirkannya. Kemudian patuhi syarat anda sendiri!
Posted by Aju Tuesday, October 19, 2010 at 11:47 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KEWANGAN, PERANCANGAN, PERLINDUNGAN, SOLUSI
Mari saya cerita kenapa saya memilih kerjaya PERUNDING UNIT AMANAH / Unit Trust sepenuh masa walaupun dulu...saya ada kerja yang agak bagus...gaji yang agak baik...pangkat yang agak besar...punyai pekerja yang berdedikasi....Antaranya sebabnya...
1. Saya Sebagai Pemilik Perniagaan (Business Owner)Tiada siapa yang boleh menghalang saya membina kumpulan dan membangunkan perniagaan saya dengan merangka strategi perniagaan saya sendiri...(Ikut suka U lah...hehehe tagline 7up kalau anda perasan :D)
2. Saya Tentukan Gaji Saya SendiriSaya mempunyai kebebasan untuk menentukan pendapatan saya sendiri. Dengan potensi pasaran begitu luas yang masih belum diterokai, saya boleh memperolehi pendapatan sehingga 6 angka sebulan. (Orang lain boleh kenapa saya tak boleh???)
3. Waktu Kerja Anjal (Flexible)Saya tidak terikat lagi dengan waktu kerja dari pukul 8.00 pagi - 5.00 petang. Saya boleh menentukan waktu perniagaan saya sendiri dan bila mana nak bercuti/rehat. Saya tidak perlu risau tentang 'punch card', permohonan cuti, cuti sakit dan sebagainya. Saya juga boleh memilih sama ada saya ingin menjadikan perniagaan ini separuh masa mahupun sepenuh masa. (Maklumlah sekarang dah ada famili...anak2 makin membesar...paham2 lah ekkk...)
4. Modal Permulaan RendahSaya hanya perlukan modal di antara RM270 sahaja (kalau tak silap la...) untuk menjadi perunding unit amanah, dengan potensi pendapatan tiada had bergantung kepada usaha saya sendiri. (Semua bisnes perlukan modal...nie antara bisnes yang modalnya ciput...)
5. Pendapatan LumayanJumlah pendapatan yang memang lumayan termasuk pendapatan pasif & bonus tahunan, percutian keluar negara percuma dan ditanggung sepenuhnya, insentif insurans percuma, subsidi pinjaman rumah/kereta/konmputer, subsidi yuran pelajaran, dsb. (Saya mesti MAHU!!!)
6. Khidmat Komuniti & KemasyarakatanSaya juga berpeluang untuk memberi khidmat bantuan komuniti dan masyarakat (terutamanya rakan-rakan dan saudara sendiri) akan pentingnya menyediakan perancangan kewangan yang betul. Di samping menyedarkan orang ramai akan kelebihan melakukan simpanan dan pelaburan di tempat yang betul, sah dan halal serta diakui oleh BNM. Malah sebagai muslim saya juga dapat menunaikan fardu kifayah di mana saya dapat berkongsi pengetahuan berkenaan konsep kewangan yang mematuhi panduan syariah islam bersama masyarakat. (Alhamdullilah...kalau tak dapat klien tapi dapat pahala dengan sebarkan ilmu kewangan islam pun OK apa... :P)
Posted by Aju at 11:09 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, ISLAMIC UNIT TRUST CONSULTANTS, KERJAYA, PELABURAN, PERUNDING UNIT AMANAH, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
Sekiranya perancangan awal kewangan untuk berdepan fasa persaraan tidak dilakukan, ia pasti menjadi fasa hidup yang amat membebankan. Apabila berbincang mengenai hari persaraan, ramai di antara kita yang mengambil mudah fasa hidup itu. Walaupun ia satu peringkat di mana kebanyakan kita menjalani kehidupan yang lebih rileks, namun itu tidak bermakna kewangan kita juga akan begitu. Saya suka menggambarkan hari-hari persaraan itu seperti hari-hari huruf merah! Apakah dia hari-hari huruf merah?
Setiap kali kita perhatikan kalendar di atas meja, di dinding mahupun dalam diari, satu perkara yang nyata, hari Ahad dan hari cuti umum adalah hari-hari yang ditanda dengan huruf merah. Ia adalah hari kita meluangkan masa yang banyak dengan suami dan anak-anak selain waktu untuk pergi membeli-belah. Tanpa kita sedari, apabila kita lihat semula catatan atau skor simpanan kita, hari Ahad atau cuti umum merupakan hari yang menuntut perbelanjaan yang tinggi.
Manusia semakin panjang umurHari ini manusia mampu hidup lebih lama. Ia adalah satu berita baik, tetapi pada yang sama, ramai yang tidak menyedari ia juga boleh menjadi berita buruk. Kebaikannya kita boleh menikmati hidup yang lebih panjang dengan orang tersayang. Tetapi, berita buruknya adalah biasanya ia turut melonjakkan keperluan kewangan kita selepas pencen.
Perbelanjaan seharianSelalunya apabila sudah bersara, kita akan mengurangkan pengambilan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan berminyak, gula, garam berlebihan dan makanan karbohidrat. Tetapi, apabila kita memilih makanan yang berkhasiat, harganya pula selalunya tinggi.
Kos pembiayaan perubatanMemang menjadi satu kebiasaan apabila umur semakin meningkat, banyak pula penyakit yang tidak diingini datang menjenguk. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, sakit lutut dan sendi-sendi masih boleh lagi dirawat dengan membeli ubat-ubatan dari farmasi.
Bersara dengan gaya hidup terbaikKita boleh memilih gaya hidup yang kita idamkan setelah kita bersara. Persaraan tidak bermakna kita akan meringkuk dalam kegelapan dan kesusahan. Marilah kita sama-sama merancang kos gaya hidup hari-hari persaraan dengan baik seperti mana yang kita impikan.
Posted by Aju Monday, October 18, 2010 at 14:48 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, KEWANGAN, PELABURAN, PERANCANGAN, SOLUSI, UNIT AMANAH, UNIT TRUST
Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa. Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang. Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan.Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka. Antara 12 prinsip jutawan yang boleh kita ikut bersama:-
INGAT!!! Prinsip jutawan yang PALING HEBAT adalah pada #7 di mana "Mereka SENTIASA BERJIMAT cermat ke atas setiap ringgit yang dibelanjakan...(ataupun mereka ada melabur sedikit-sebanyak dalam instrumen Dana Unit Amanah / Unit Trust...hehehe...) Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). *** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer??? |
Posted by Aju at 14:42 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, KEWANGAN, PELABURAN, PERANCANGAN, UMUM
Alhamdullillah menjelang awal tahun 2010 baru-baru ini...saya bersama-sama isteri dapat juga memiliki rumah idaman kami...(teres 2 tingkat jer...xler besar sangat...tapi yang penting ianya FREEHOLD & lokasinya TERBAIK...sesuai untuk pembesaran anak2). Namun bagi sesiapa yang belum pun memiliki rumah "idaman kalbu" mungkin tip-tip berikut dapat membantu...
Memiliki kediaman atas nama sendiri menjadi idaman semua individu namun, tidak ramai yang tahu prosedur pembelian rumah, malah lebih memeningkan kepala memikirkan faktor kewangan bagi membayar ansuran bulanan.
Kebanyakan individu keliru memikirkan soal rumah sebagai keperluan atau kemahuan yang mana pada akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah berikutan kekurangan wang bagi menampung perbelanjaan bulanan yang hampir separuh disalurkan untuk membayar ansuran rumah yang diidamkan.
Berikut merupakan antara tips dari Ketua Pegawai Eksekutif, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Mahdzir Md Isa (gambar), mengenai panduan sebelum membuat keputusan membeli rumah bagi mereka yang pertama kali bercadang memiliki kediaman sendiri.
Apakah perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah?Perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan ialah melihat kemampuan kewangan sendiri. Ini kerana tidak semua individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman jenis banglo.
Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sebanyak RM500, adakah dia perlu membeli kediaman yang menetapkan ansuran bulanan sekitar jumlah sama?Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah yang ingin dibeli itu berada pada lokasi yang setara.
Jika perkara seumpama itu berlaku, apakah langkah yang harus diambil oleh individu itu?Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.
Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari.
Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membuat pembelian rumah?Kita sedia maklum semua orang memiliki rumah idaman masing-masing dan tidak ada yang mengidamkan untuk memiliki rumah kecil. Namun, sebagai permulaan, ia adalah langkah terbaik kerana rumah adalah keperluan. Walaupun kita mahukan rumah semi-D berharga RM300,000, namun berdasarkan pendapatan semasa ia di luar kemampuan, maka tidak salah sekiranya kita membeli apartmen atau flat yang murah.
Hmmm...mungkin petikan berita ini dapat menjelaskan lagi betapa PELAN "PENCEN" persendirian adalah PERLU malah sepatutnya WAJIB bagi semua TERUTAMANYA bagi orang MELAYU-ISLAM...
"Semua masyarakat Malaysia yang bekerja sepatutnya memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bagi pelan persaraan mereka selain dari caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Timbalan Presiden Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia, Tan Beng Wah berkata, KWSP hanyalah jaringan keselamatan, ia bukan pencen untuk hidup...(so sepatutnya Rakyat Malaysia patut melabur di dalam Unit Amanah / Unit Trust / Islamic Unit Trust)...
“Pekerja tidak boleh menyalahkan KWSP jika mereka kehabisan wang selepas bersara kerana kedudukan kewangan peribadi tanggungjawab sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Setiap Orang Boleh Bersara Dengan Baik 2010, di Petaling Jaya semalam. Menurut satu kertas penyelidikan yang disediakan Majlis Nasional bagi Pertubuhan Warga Tua Malaysia (NACSCOM) pada 2007, Malaysia mempunyai 1.6 juta penduduk berusia melebihi 60 tahun pada 2006 dan dijangka meningkat kepada 3.2 juta menjelang 2020 dan 6.9 juta menjelang 2035. NACSCOM berkata, apabila penduduk mencecah usia 55 tahun, mereka tidak boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan kerana bank dan syarikat kewangan menganggap mereka sebagai berisiko tinggi, malahan syarikat insurans enggan menaja jamin polisi mereka. - petikan dari BERNAMA".
Posted by Aju at 12:52 0 comments Labels: ISLAMIC UNIT TRUST, KERJAYA, PELABURAN, PERANCANGAN, UNIT AMANAH, UNIT TRUST