Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

7 MASALAH KEWANGAN KRITIKAL MENANTI ANDA ... JIKA ...

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu ketika ini, membuka ruang untuk kita memikirkan semula bebanan hutang yang perlu diuruskan. Tanpa perancangan dan pengurusan kewangan yang bijak pastinya memeningkan kepala kita. Adalah lebih baik jika dapat mengetahui tanda awal yang menunjukkan anda tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik. Antara tanda-tandanya adalah seperti berikut:-

1. Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung soal wang.
2. Nisbah hutang adalah lebih tinggi dari pendapatan.
3. Menggunakan had kad kredit sehingga maksimum.
4. Hanya membayar bayaran minimum bagi segala hutang.
5. Selalu menangguhkan pembayaran bil bulanan yang menyebabkan hutang tertunggak.
6. Terlalu banyak berhutang dengan saudara atau rakan.
7. Tidak dapat tidur malam dengan lena.

Salah satu cara untuk mengatasi kewangan ini adalah dengan berjumpa kaunselor kewangan bertauliah ataupun yang paling mudah adalah mendapatkan khidmat nasihat daripada AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Anda boleh layari laman web AKPK untuk maklumat lanjut...www.akpk.org.my 

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan perancangan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju).
*** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

ORANG MALAYSIA "MEMANG" TAK PAHAM UNTUK RANCANG WANG BERSARA ???

Kebanyakan rakyat Malaysia TIDAK MEMAHAMI sepenuhnya kepentingan dan manfaat kewangan peribadi, melabur dengan bijak dan merancang untuk persaraan.
Kaji selidik dari Citi Financial Quotient (FIN-Q), mendapati berdasarkan kepada keputusan keseluruhan ditunjukkan dalam 11 bidang topik kewangan utama, keputusan dari Malaysia menunjukkan purata skor Citi FIN-Q ialah 49 mata daripada 100. Selebihnya 59 peratus rakyat Malaysia yang dikaji selidik itu mencatatkan skor 49 mata dan ke bawah.

Kita tidak boleh lagi bergantung kepada bantuan kewangan dari sanak saudara dan anak-anak. Oleh itu, kita perlu membuat perancangan satu portfolio yang pelbagai yang bersesuaian,” kata Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Globalnya, Timothy Johnson kepada pemberita di sini hari ini.

Kaji selidik FIN-Q itu yang terdiri daripada 400 temu ramah dalam talian mempunyai 30 soalan setiap satu di seluruh Malaysia, dilaksanakan untuk menentukan tahap pemahaman di kalangan rakyat Malaysia mengenai kewangan peribadi dan amalan kewangan mereka.
Di dalam bidang kewangan peribadi hanya 28 peratus dari responden mengawal peruntukan bajet mereka, 37 peratus berjimat manakala 46 peratus cuba berjimat dan membuat peruntukan perbelanjaan.
“Di segi tabiat melabur pengurusan wang dan kewangan peribadi, sebanyak 37 peratus mengetahui subjeknya dan 55 peratus mempunyai idea yang baik tentang apa yang akan dilakukan dengan enam bulan pendapatan mereka,” kata Johnson.

Sebaliknya, kira-kira 60 peratus tidak berasa yakin dengan penjimatan untuk persaraan mereka, dengan lebih ramai wanita melahirkan kebimbangan tentangnya.
Hanya 22 peratus dari responden mempunyai rancangan persaraan yang rasmi manakala lebih daripada seperempat tidak ada idea atau tidak memulakan lagi satu rancangan persaraan manakala 45 peratus mempercayai mereka akan menerima bantuan kewangan dari anak-anak mereka.
Sementara sebahagian besar rakyat Malaysia berpandangan mereka mempunyai pengaturan yang positif terhadap kualiti hidup mereka pada masa ini dan kewangan pada masa hadapan, tetapi secara realitinya, ramai yang tidak pasti mengenai keselamatan kewangan mereka.

“Kami melihat satu trend di seluruh dunia terutamanya dalam pasaran yang lebih maju. Masyarakat mula merancang masa depan kewangan mereka. Dan ianya akan menjadi trend di Malaysia,” katanya.

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat perundingan kewangan bagi merancang dana persaraan anda (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
*** Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa ye???

JERAT INGIN CEPAT KAYA YANG PERLU KITA TAHU !!!

Keghairahan manusia untuk mencari jalan mudah mengaut keuntungan dan kekayaan mendorong kewujudan skim cepat kaya yang cukup popular di kalangan kelompok masyarakat tertentu. Skim yang dilihat 'sempurna' ini akhirnya menjerat diri pelabur tamak dan gagal melihat strategi licik dan tipu daya penganjur skim itu.

Skim cepat kaya ditakrifkan sebagai satu pelan pelaburan yang menawarkan kadar pulangan tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan kecil dan pada masa sama menjanjikan pelaburan berkenaan mudah dan bebas daripada sebarang risiko.
Pengguna lazimnya tertarik dengan pelan pelaburan dan testimoni mereka yang berjaya mengaut keuntungan berlipat ganda. Terdapat penganjur skim yang menggunakan penyata kewangan bank menunjukkan transaksi aliran deposit wang ke akaun pelabur.

Walaupun menggunakan taktik lapuk untuk mempengaruhi pengguna, malangnya ia masih mempengaruhi segelintir masyarakat yang terlalu cepat hendak kaya. Malah, ada di kalangan umat Islam yang tidak merujuk status pelaburan dari segi hukum akibat menyertai pelaburan skim cepat kaya yang jelas menimbulkan keraguan dari segi sumber dan perolehan keuntungan kepada pelabur.

Ingatlah kehidupan di bumi Allah ini memang memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan, tetapi jangan sampai tersilap langkah hanya kerana sifat tamak hingga lupa kepada pengakhiran kehidupan kita kelak.
Bank Negara Malaysia sudah mengharamkan jenis serta aktiviti skim cepat kaya yang tertakluk mengikut undang-undang. Antaranya aktiviti pengambilan deposit secara haram.
Mengikut takrifan Bank Negara Malaysia, aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah perbuatan menerima, mengambil atau bersetuju menerima deposit sama ada dalam bentuk wang atau logam berharga daripada orang awam atau pelabur dengan menjanjikan pembayaran semula deposit biasanya faedah, pulangan atau sebarang balasan berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai lesen yang sah.
Lesen sah terbabit tertakluk mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.
Saya sendiri sering menjadi rujukan kepada pengguna yang bertanya status pelaburan tertentu, namun secara peribadi saya menasihatkan mereka menjauhi pelaburan yang tidak berlandaskan syariah Islam dan tidak diketahui punca perolehan dan agihannya. Pelaburan berkaitan amat berisiko dan sering membuatkan pelaburnya termenung panjang kelak.

Ketika zaman persekolahan saya, masyarakat dikejutkan dengan skim Pak Man Telo. Dengan bermodalkan pelaburan pokok RM350, pelabur akan mendapat tujuh kali ganda bayaran dengan nilaian sama seperti pelaburan pokok iaitu RM350 x 7 = 2,450. Saya masih ingat lagi suasana pada masa itu semua orang memperkatakan kehebatan skim terbabit. Namun seperti pelaburan lain ia tidak bertahan lama dan ramai pelabur menggigit jari.
Urus niaga mata wang asing haram adalah antara skim cepat kaya yang dilarang mengikut peruntukan undang-undang Bank Negara. Aktiviti membeli atau menjual mata wang asing di antara dua individu boleh dikategorikan sebagai urus niaga mata wang haram.
Segala aktiviti pembelian dan penjualan mata wang asing di antara dua pihak perlu mendapat kebenaran daripada Pengawal Pertukaran Wang Asing mengikut Akta Pengawal Pertukaran Wang Asing 1953 (AKPW).

Membeli atau menjual mata wang asing oleh seorang pemastautin yang bukan seorang peniaga dengan seseorang di luar negara tanpa kebenaran mengikut peruntukan akta yang sama adalah aktiviti urus niaga mata wang asing haram.

Peruntukan undang-undang mensabitkan hukuman maksimum denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Mahkamah juga boleh merampas mata wang atau benda yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Hukuman yang diperuntukkan untuk kesalahan pengambilan deposit secara haram adalah penjara tidak melebihi 10 tahun dan atau denda RM10 juta dan denda RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

Masyarakat dinasihatkan berhati-hati dan menilai risiko serta hukum ketentuan Allah berhubung pulangan serta pembabitan diri dalam pelaburan yang tidak diiktiraf kerajaan dan menyalahi syariah.
Terdapat pelbagai pelaburan yang lebih selamat dan diiktiraf secara syariah. Fitrah manusia inginkan kemewahan dan kesenangan, tetapi kita harus mengambil kira pelbagai aspek sebelum terjerat dalam aktiviti skim cepat kaya.
Kita boleh mengesan pelaburan skim cepat kaya melalui pelbagai cara. Individu atau syarikat yang menganjurkan skim berkenaan yang membabitkan pengambilan deposit orang awam harus mempunyai lesen mengikut seksyen 6(4) Akta dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Justeru, pastikan penganjur menunjukkan lesen. Kemungkinan ketiadaan lesen jelas menunjukkan ia mungkin satu lagi skim yang perlu kita jauhi.
Penganjur skim lazimnya akan berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah dalam satu tempoh masa dalam bentuk wang atau nilaian wang.
Ini jelas menunjukkan ia adalah skim yang tidak diiktiraf dan boleh dikategorikan sebagai skim cepat kaya. Penganjur skim bijak berselindung untuk menipu orang awam dengan menggunakan taktik seperti menawarkan pulangan pemberian emas dan barang berharga. Masyarakat diyakinkan bahawa deposit terbabit adalah pinjaman kepada syarikat. Ramai terpedaya dengan penampilan kemas dan permainan helah serta tipu daya wakil penganjur skim cepat kaya. Jangan mudah terpedaya!

Skim urus niaga mata wang asing haram menggunakan pendekatan seperti menggunakan lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka agar mengajak ahli keluarga menyertai skim pelaburan yang akhirnya menjerat ahli keluarga mereka.
Antara strategi lain seperti menyediakan akses dalam laman web untuk mengaburi pelabur dan menceritakan kehebatan syarikat induk yang berpangkalan di luar negara dan menggunakan akaun bank untuk pelabur mendeposit pelaburan mereka. Penggunaan akaun pihak ketiga oleh penganjur akan menyukarkan mangsa mendapatkan pengadilan kelak.
Masyarakat harus lebih bijak meneliti dan berwaspada terhadap pengaruh penganjur skim cepat kaya dan jangan terjebak kerana ia akan mendatangkan kemudaratan dan bertentangan dengan undang-undang dan tidak mempunyai pengiktirafan secara syariah.

Maklumat, aduan dan pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Penyiasatan Khas Bank Negara Malaysia di talian 03-26987467 atau melalui e-mel bnmtelelink@ bnm.gov.my/upkinfo@ bnm. gov.my. Anda boleh menghubungi 03-21741515 atau 1-300-88-5465.

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan perancangan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju).
*** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

PELAN BIJAK BELANJA... SUDAH ADA KE ???

Melangkah ke alam pekerjaan adalah titik permulaan bagi anda untuk mula mendalami aspek pengurusan kewangan. Ia juga tempoh bagi anda untuk memulakan aspek perancangan kewangan yang kelak akan memastikan anda dapat hidup dengan wang mencukupi ketika dewasa dan tidak terjebak dengan kancah hutang serta tidak menghadapi masalah perbelanjaan bulanan.

Inilah juga masanya untuk anda mencari akaun perbankan yang sesuai untuk mendapatkan faedah sepenuhnya daripada akaun perbankan yang dipilih itu. Untuk mendapatkan manfaat daripada akaun berkenaan, anda perlu membandingkan kadar dan manfaat yang ditawarkan produk yang berbeza.

Sebagai individu yang baru bekerja, anda tentunya ingin mengetahui apakah kaedah bayaran alternatif yang menyenangkan yang boleh digunakan untuk pembelian sebagai ganti kepada kaedah membayar secara tunai.

Jika pendapatan tahunan anda melebihi RM18,000, anda bolen memohon kad bayaran termasuk kad kredit. Bandingkan kad yang ditawarkan, dan yang lebih penting, ketahui bagaimana untuk mengurus penggunaan kad itu kerana penggunaan yang tidak terkawal boleh membawa bebanan kewangan. Jika anda ingin membeli rumah atau kereta sendiri pula, terdapat pelbagai pinjaman perumahan dan sewa-beli kenderaan yang boleh membiaya pembelian itu yang ditawarkan oleh pelbagai institusi perbankan.

Bagaimanapun, ada baiknya anda membuat perbandingan produk yang ditawarkan itu. Lihat perbezaan harga dan ciri-ciri pinjaman. Anda juga harus ingat, dengan pembelian rumah atau kenderaan, anda juga perlu mendapatkan perlindungan insurans untuk rumah, kenderaan atau pinjaman anda.
Satu lagi aspek yang perlu diambil kira sebagai individu bekerja adalah untuk mengambil tahu perkara mengenai insurans perubatan dan kesihatan serta insurans dan pelaburan supaya anda dilindungi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Namun, langkah pertama yang perlu dilakukan sebaik mula melangkah ke alam pekerjaan adalah merancang perbelanjaan bulanan.
Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda bergaji besar atau kecil bagi tujuan mencapai matlamat kewangan iaitu sama ada bagi membeli kereta, rumah, pergi melancong, mendirikan rumah tangga atau bagi tujuan persaraan.
Antara kesilapan yang sering dilakukan kebanyakan daripada kita adalah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Namun, anda sebenarnya boleh mengelak daripada melakukan kesilapan sebegini dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.
Selepas anda menentukan matlamat kewangan yang ingin dicapai, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik supaya matlamat itu mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda dalam masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda.

Menerusi pemerhatian itu, anda dapat mengetahui:
Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang?
Berapa banyak hutang anda setiap bulan?
Berapa baki wang yang masih ada di hujung bulan?
Sekiranya wang anda tidak berbaki pada hujung bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja. Justeru, teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah dibeli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda.

Pelan perbelanjaan itu juga dapat membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana wang dibelanjakan dan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan itu serta mula merancang simpanan anda.

Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan BIJAK seperti berikut:
Tentukan jumlah pendapatan bulanan anda.
Tambah jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjaman pelajaran, pinjaman kereta, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain.
Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti membayar cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain.
    Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

    Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan perancangan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju).
    *** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

    12 PRINSIP JUTAWAN YANG PERLU KITA TAHU...

    Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa. Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang. Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan.Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.
    Antara 12 prinsip jutawan yang boleh kita ikut bersama:-
    1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.
    2. Mereka merancang dan bertindak segera. Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.
    3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti "mencuri" daripada masa depan mereka.
    4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.
    5. Mereka cuba mengelakkan dari berhutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.
    6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.
    7. Mereka berjimat ke atas setiap ringgit yang dibelanjakan.
    8. Mereka benci berbelanja.
    9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.
    10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.
    11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.
    12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.
      INGAT!!! Prinsip jutawan yang PALING HEBAT adalah pada #7 di mana "Mereka SENTIASA BERJIMAT cermat ke atas setiap ringgit yang dibelanjakan...(ataupun mereka ada melabur sedikit-sebanyak dalam instrumen Dana Unit Amanah / Unit Trust...hehehe...)


      Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
      *** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

      TIPS TERBAIK MEMBELI RUMAH IDAMAN HATI...

      Alhamdullillah menjelang awal tahun 2010 baru-baru ini...saya bersama-sama isteri dapat juga memiliki rumah idaman kami...(teres 2 tingkat jer...xler besar sangat...tapi yang penting ianya FREEHOLD & lokasinya TERBAIK...sesuai untuk pembesaran anak2). Namun bagi sesiapa yang belum pun memiliki rumah "idaman kalbu" mungkin tip-tip berikut dapat membantu...

      Memiliki kediaman atas nama sendiri menjadi idaman semua individu namun, tidak ramai yang tahu prosedur pembelian rumah, malah lebih memeningkan kepala memikirkan faktor kewangan bagi membayar ansuran bulanan.

      Kebanyakan individu keliru memikirkan soal rumah sebagai keperluan atau kemahuan yang mana pada akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah berikutan kekurangan wang bagi menampung perbelanjaan bulanan yang hampir separuh disalurkan untuk membayar ansuran rumah yang diidamkan.

      Berikut merupakan antara tips dari Ketua Pegawai Eksekutif, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Mahdzir Md Isa (gambar), mengenai panduan sebelum membuat keputusan membeli rumah bagi mereka yang pertama kali bercadang memiliki kediaman sendiri.

      Apakah perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah?
      Perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan ialah melihat kemampuan kewangan sendiri. Ini kerana tidak semua individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman jenis banglo.

      Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat kiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli.


      Namun, harus diingat bahawa pendapatan bulanan tidak seharusnya dicampur dengan elaun atau bayaran kerja lebih masa (OT) kerana ia bukan sebahagian pendapatan tetap.
      Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sebanyak RM500, adakah dia perlu membeli kediaman yang menetapkan ansuran bulanan sekitar jumlah sama?
      Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah yang ingin dibeli itu berada pada lokasi yang setara.

      Sebelum pinjaman perumahan diluluskan, bank akan melihat kelayakan pemohon. Ini termasuk meneliti pendapatan bulanan dan harga rumah yang ingin dibeli. Malah, bank akan melihat sama ada bayaran bulanan tidak melebihi satu per tiga gaji.

      Contohnya, pembeli ingin mendapatkan rumah berharga RM150,000. Sekiranya dicampur faedah yang dikenakan bank, bayaran pendahuluan serta tempoh pembiayaan, maka bayaran bulanan mencecah RM1,012 dan ia jelas menunjukkan pembeli yang mempunyai lebihan pendapatan RM500 masih belum mampu membeli rumah berharga RM150,000.
      Jika perkara seumpama itu berlaku, apakah langkah yang harus diambil oleh individu itu?
      Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.

      Mungkin ada individu yang mengikat perut untuk membayar ansuran bulanan rumah, namun harus ambil kira simpanan untuk kecemasan.

      Selain itu, bagi mereka yang masih ingin mendapatkan rumah sendiri, memilih rumah yang dilelong adalah satu cara yang baik kerana harga rumah lelongan adalah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

      Jangan terus melabelkan rumah lelong sebagai rumah tinggal atau banyak kerosakan kerana bakal pembeli berhak melihat keadaan rumah sebelum membuat bidaan.
      Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?
      Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari.

      Malah, saya nasihatkan supaya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, pastikan anda benar-benar mempunyai simpanan yang cukup untuk membuat bayaran pendahuluan kerana idea membuat pinjaman peribadi bagi membayar wang pendahuluan hanyalah akan menambah masalah.

      Selain itu, antara tip yang boleh diguna pakai adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat yang boleh antara 15 hingga 20 tahun.

      Walaupun ada bank yang menawarkan pinjaman sehingga dua generasi mencecah tempoh 40 tahun, ia bukan satu langkah yang bijak kerana kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak.
      Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membuat pembelian rumah?
      Kita sedia maklum semua orang memiliki rumah idaman masing-masing dan tidak ada yang mengidamkan untuk memiliki rumah kecil. Namun, sebagai permulaan, ia adalah langkah terbaik kerana rumah adalah keperluan. Walaupun kita mahukan rumah semi-D berharga RM300,000, namun berdasarkan pendapatan semasa ia di luar kemampuan, maka tidak salah sekiranya kita membeli apartmen atau flat yang murah.

      Dalam tempoh 10 tahun, harga rumah mungkin akan meningkat. Sekiranya keadaan itu berlaku, ambil tindakan dengan menjual rumah berkenaan dan wang yang diperoleh boleh digunakan untuk membayar wang pendahuluan rumah idaman anda.

      Jangan tertekan dengan spekulasi bahawa sekiranya tidak beli rumah sekarang, harga akan meningkat. Memang benar harga rumah akan meningkat namun, ia tidak akan melebihi dua kali ganda harga kini dalam tempoh lima tahun. Malah, harga siling rumah ditetapkan pasaran. Jika terlalu mahal, tiada siapa akan beli.


      Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat perundingan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
      *** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???