6 FAKTA KEWANGAN SEBENAR RAKYAT MALAYSIA ... MESTI TAHU NIE !!!

Berikut merupakan antara 6 fakta kewangan rakyat Malaysia yang rasanya ramai orang tak tahu (ataupun saja tak nak ambil tau kot... :P)...

1. "72% pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa 3 tahun sahaja..." - kata Tan Sri Abdul Halim Ali, Mantan Pengerusi KWSP. (Tips...Simpanan KWSP anda bole BERGANDA dengan melabur di dalam Unit Amanah @ Unit Trust)

2. "79% Rakyat Malaysia berbelanja melebihi 10% daripada pendapatan tahunan mereka... Manakala 15% lagi berbelanja melebihi 40% daripada pendapatan tahunan mereka..." - Hasil Kajian oleh Mastercard Worlwide ke atas Indeks Keutamaan Pembeli Pengguna.

3. "Adalah dianggarkan 9 daripada 10 penduduk di Malaysia ini mempunyai hutang..." - kata Abdul Aziz Ibrahim, CFP.

4. "25% daripada jumlah orang yang diisytiharkan Muflis dalam negara ini adalah pengguna Kad Kredit..." - kata Datin Fauziah Mohd Ramly, Mantan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

5. "Ramai yang tiada dana kewangan persaraan untuk hari tua..." - Kajian CIMB Aviva (Hmmm...di Public Mutual, kami membantu anda menyediakan dana persaraan hari tua anda dengan kenderaan Unit Amanah / Unit Trust...)

6. "Kira-kira 60% daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40% pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 Bilion (stat Okt 2006). Dan kira-kira 30% kes muflis membabitkan pemegang kad kredit yang kebanyakkannya adalah eksekutif muda bawah 30 tahun.
Kesimpulannya, sebagai Rakyat Malaysia kita patut menerapkan budaya berbelanja dengan lebih berhemah dan seterusnya membuat rancangan penyimpanan yang lebih efektif dan berkesan di masa hadapan.

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan perancangan kewangan & pelaburan (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) yang betul secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju).
*** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

3 RAHSIA PELABURAN MR. JOHN C BOGLE ADALAH ... MESTI TAU NIE !!!

Selain Benjamin Graham dan Warren Buffet, ada pelabur lain yang perlu kita kenal seperti John C Bogle. Beliau merupakan salah seorang pelabur lagenda yang terkenal dengan konsep index fund investment. Beliau menulis dalam bukunya, Common Sense on Mutual Funds;

"Rahsia Pelaburan Sebenarnya Adalah...
Tiada Rahsia..."
Berikut merupakan 3 Rahsia Pelaburan beliau kepada kita semua:-
1. Kita Mesti Melabur
Risiko yang paling besar adalah apabila kita langsung tidak melabur, iaitu tidak menjadikan wang bekerja seperti hamba kita semua. Itulah risiko jangka masa panjang yang lebih berbahaya berbanding risiko jangka masa pendek seperti kegilaan pasaran.
2. Masa adalah Rakan
Beri masa kepada diri kita. Mulakan pelaburan seawal mungkin, sebaiknya pada usia 20an lagi dan mulakan sekarang walaupun jumlahnya kecil dan lakukan secara konsisten. Pelaburan yang kita lakukan walaupun pulangannya hanya sederhana ketika zaman gawat tetap membantu kita dan akhirnya membentuk tabiat pelaburan yang baik. "Compounding Interest" adalah magik!
3. Emosi adalah musuh
Hilangkan emosi dari pelan pelaburan. Letakkan harapan yang rasional untuk pulangan pelaburan kita dan tetapkan harapan tersebut sampai bila-bila. Kesejukan dan kegelapan waktu salji pasti pasti hilang dan hari-hari yang cerah pasti tiba.

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat TERBAIK BERKENAAN UNIT AMANAH @ UNIT TRUST (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!!  017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). *** Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa ye???

7 MASALAH KEWANGAN KRITIKAL MENANTI ANDA ... JIKA ...

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu ketika ini, membuka ruang untuk kita memikirkan semula bebanan hutang yang perlu diuruskan. Tanpa perancangan dan pengurusan kewangan yang bijak pastinya memeningkan kepala kita. Adalah lebih baik jika dapat mengetahui tanda awal yang menunjukkan anda tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik. Antara tanda-tandanya adalah seperti berikut:-

1. Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung soal wang.
2. Nisbah hutang adalah lebih tinggi dari pendapatan.
3. Menggunakan had kad kredit sehingga maksimum.
4. Hanya membayar bayaran minimum bagi segala hutang.
5. Selalu menangguhkan pembayaran bil bulanan yang menyebabkan hutang tertunggak.
6. Terlalu banyak berhutang dengan saudara atau rakan.
7. Tidak dapat tidur malam dengan lena.

Salah satu cara untuk mengatasi kewangan ini adalah dengan berjumpa kaunselor kewangan bertauliah ataupun yang paling mudah adalah mendapatkan khidmat nasihat daripada AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Anda boleh layari laman web AKPK untuk maklumat lanjut...www.akpk.org.my 

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan perancangan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju).
*** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

8 TIPS TERBAIK UNTUK PELABURAN UNIT TRUST DENGAN KWSP

Berikut merupakan antara tips yang saya rasa amat berguna kepada bakal pelabur dan pelabur unit trust yang sedia ada. Ini kerana masih ramai lagi yang salah anggap berkenaan pelaburan unit trust melalui KWSP ini hanya untuk "sekali buat" ataupun untuk di"peram" selama mana umur belum mencecah 55 tahun.

Sebenarnya tujuan KWSP membenarkan akaun 1 diambil untuk pelaburan adalah untuk MEMAKSIMUMKAN simpanan KWSP dengan risiko dan alternatif individu itu sendiri. Ingat tujuan utama adalah memaksimumkan simpanan. Jadi, hari ini saya akan berkongsi antara tips yang amat berguna untuk pelaburan unit trust melalui KWSP:- 

1. Anda perlu MEMBUAT PELABURAN ke dalam DANA yang telah DIBENARKAN oleh KWSP. Contohnya, Public Islamic Equity Fund, Public Islamic Dividend Fund, Public Islamic Optimal Growth Fund, Public Islamic Select Sector Fund, Public Ittikal dll (sila semak www.publicmutual.com.my untuk keterangan lanjut).  
2. MAKSIMUMKAN jumlah PENGELUARAN KWSP yang boleh DILABURKAN. Contohnya, jika jumlah pengeluaran pelaburan dibenarkan adalah RM 3200; maka keluarkan jumlah tersebut dan masukkan kedalam dana pelaburan pilihan anda.  
3. Sentiasa melakukan PELABURAN BERKALA setiap 3 BULAN sekali. Bermakna anda sepatutnya dapat melakukan pengeluaran pelaburan 4 kali setahun.  
4. Anda PERLU PEKA dengan HARGA SEUNIT DANA yang telah anda laburkan. Anda sepatutnya peka akan tarikh tahun kewangan berakhir bagi setiap dana yang anda telah laburkan. (Setiap dana pelaburan mempunyai tarikh tahun kewangan berakhir yang berbeza-beza dan dividen akan diisytiharkan pada waktu itu). Anda juga boleh klik di bahagian kiri blog BicaraMoney.com ini di bawah Other Links --> Bloomberg-Public Islamic Funds untuk lihat prestasi semasa dana pelaburan anda.  
5. Jangan malu untuk MINTA AGEN @ KONSULTAN akan maklumat dan laporan NILAI PELABURAN SEMASA dengan CAMS (Client & Agency Management System). Di sini anda patut tahu nilai harga semasa bagi seunit dana pelaburan anda.  
6. Jika nilai semasa pelaburan anda meningkat dari nilai asal pelaburan, maka anda dinasihatkan MENJUAL PELABURAN  tersebut untuk mengambil UNTUNG dari kenaikkan pelaburan tersebut.  
7. Proses JUALAN tersebut dilakukan dari dana asal pelaburan Public Mutual anda ke dana BON (SUKUK) atau MONEY MARKET Public Mutual. Ini adalah 1 cara terbaik untuk anda mengeluarkan wang beserta keuntungan yang diperolehi disamping ianya dapat MEMAKSIMUMKAN pelaburan anda di Public Mutual dan KWSP di masa depan. Maaf! Tiada cek atau tunai yang anda perolehi ketika ini hanya melihat transaksi ini berlaku sahaja.  
8. SILA ULANG LAKU aktiviti di atas. Insyaallah anda akan lihat perubahan dan penambahan drastik di dalam akaun KWSP anda. Selamat Mencuba yer...
Justeru itu, jika sesiapa yang masih teragak-agak dan belum lagi membuat pengeluaran pelaburan KWSP ini, apa kata anda LAKUKANNYA SEGERA sebelum pihak KWSP mengubahkan polisi mereka. Kini saya pasti... semua orang BOLEH JADI JUTAWAN !!!

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat TERBAIK BERKENAAN UNIT AMANAH @ UNIT TRUST YANG BERJAYA (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!!  017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
*** Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa ye???

JOM BUAT UNTUNG DENGAN UNIT TRUST !!!

Sudahkah anda mempunyai pelaburan. Tahukah anda pelaburan di dalam Unit Trust boleh dilakukan HANYA menggunakan DUA cara mudah. Pertama, anda boleh melabur dengan menggunakan wang tunai ataupun yang ke-2, melabur "tanpa modal wang poket anda sendiri" iaitu dengan KWSP. Bagaimana...jom kita tengok...

1. Pelaburan Unit Trust secara Tunai
  • Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.
  • Pembayaran adalah melalui Public Bank yang biasanya menyediakan kaunter khas untuk operasi Unit Trustnya.
  • Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
  • Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat simpanan bulanan (minimum hanya RM100)
2. Pelaburan Unit Trust melalui pengeluaran simpanan ahli KWSP
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:
  1. Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah skim pegeluaran pelaburan ahli tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  2. Pengeluaran untuk pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
Berikut adalah Pengiraan Amaun Kelayakkan untuk Melabur;
Secara asasnya cara pengiraan adalah; Total Simpanan Akaun 1 – Simpanan Asas x 20%

KELAYAKAN

AHLI A: 22 thn RM4,000 – RM5,000 x 20% – AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS

B: 22 thn RM8,000 – RM5,000 x 20%
= RM600 AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
KURANG RM1,000

C: 25 thn RM20,000 – RM9,000 x 20%
= RM2,200 AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM2,200

D: 40 thn RM40,000 – RM44,000 x 20%
_
AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS

E: 45 thn RM100,000 – RM64,000 x 20%
= RM7,200
AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINUMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM7,200

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat TERBAIK BERKENAAN UNIT AMANAH @ UNIT TRUST YANG BERJAYA (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!!  017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
*** Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa ye???