7 sebab kenapa RUGI dalam Unit Trust

Salam tahun baru....Hari ini saya nak cerita sikit...berkenaan tajuk dia atas...(ni pun selepas terima satu panggilan dari salah satu client unit trust-Public Mutual...).

Antara 7 SEBAB UTAMA kenapa anda RUGI dalam Unit Trust adalah kerana:-

  1. Anda masih tidak cukup maklumat @ tiada pendedahan yang mencukupi tentang unit trust ini.
  2. Sudah semestinya anda asyik nak cepat untung...kan...kan...kan... :P
  3. Ada di antara anda yang menganggap unit trust ini sama seperti pelaburan saham di Bursa Malaysia.
  4. Faktor lewat untuk memulakan pelaburan pun dianggap rugi tau...
  5. Suka mendengar cakap orang / spekulasi (padahal orang yang bercakap itu pun tak tahu tentang pelaburan sebenar dan lagi teruk dia tak pernah langsung ada duit simpanan...)
  6. Mungkin juga tempoh simpanan/pelaburan yang agak lama membuatkan kita terpesong dari objektif awal.
  7. Hanya mengharapkan maklumat dan bergantung kepada konsultan unit trust yang tidak terlatih... 

Fikir-fikirkanlah dan Selamat Beramal...

ps: Selamat Tahun Baru Cina pada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutkannya...ok... :D