Showing posts with label PERANCANGAN. Show all posts
Showing posts with label PERANCANGAN. Show all posts

6 FAKTA KEWANGAN SEBENAR RAKYAT MALAYSIA ... MESTI TAHU NIE !!!

Berikut merupakan antara 6 fakta kewangan rakyat Malaysia yang rasanya ramai orang tak tahu (ataupun saja tak nak ambil tau kot... :P)...

1. "72% pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa 3 tahun sahaja..." - kata Tan Sri Abdul Halim Ali, Mantan Pengerusi KWSP. (Tips...Simpanan KWSP anda bole BERGANDA dengan melabur di dalam Unit Amanah @ Unit Trust)

2. "79% Rakyat Malaysia berbelanja melebihi 10% daripada pendapatan tahunan mereka... Manakala 15% lagi berbelanja melebihi 40% daripada pendapatan tahunan mereka..." - Hasil Kajian oleh Mastercard Worlwide ke atas Indeks Keutamaan Pembeli Pengguna.

3. "Adalah dianggarkan 9 daripada 10 penduduk di Malaysia ini mempunyai hutang..." - kata Abdul Aziz Ibrahim, CFP.

4. "25% daripada jumlah orang yang diisytiharkan Muflis dalam negara ini adalah pengguna Kad Kredit..." - kata Datin Fauziah Mohd Ramly, Mantan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

5. "Ramai yang tiada dana kewangan persaraan untuk hari tua..." - Kajian CIMB Aviva (Hmmm...di Public Mutual, kami membantu anda menyediakan dana persaraan hari tua anda dengan kenderaan Unit Amanah / Unit Trust...)

6. "Kira-kira 60% daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40% pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 Bilion (stat Okt 2006). Dan kira-kira 30% kes muflis membabitkan pemegang kad kredit yang kebanyakkannya adalah eksekutif muda bawah 30 tahun.
Kesimpulannya, sebagai Rakyat Malaysia kita patut menerapkan budaya berbelanja dengan lebih berhemah dan seterusnya membuat rancangan penyimpanan yang lebih efektif dan berkesan di masa hadapan.

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan perancangan kewangan & pelaburan (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) yang betul secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju).
*** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

7 MASALAH KEWANGAN KRITIKAL MENANTI ANDA ... JIKA ...

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu ketika ini, membuka ruang untuk kita memikirkan semula bebanan hutang yang perlu diuruskan. Tanpa perancangan dan pengurusan kewangan yang bijak pastinya memeningkan kepala kita. Adalah lebih baik jika dapat mengetahui tanda awal yang menunjukkan anda tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik. Antara tanda-tandanya adalah seperti berikut:-

1. Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung soal wang.
2. Nisbah hutang adalah lebih tinggi dari pendapatan.
3. Menggunakan had kad kredit sehingga maksimum.
4. Hanya membayar bayaran minimum bagi segala hutang.
5. Selalu menangguhkan pembayaran bil bulanan yang menyebabkan hutang tertunggak.
6. Terlalu banyak berhutang dengan saudara atau rakan.
7. Tidak dapat tidur malam dengan lena.

Salah satu cara untuk mengatasi kewangan ini adalah dengan berjumpa kaunselor kewangan bertauliah ataupun yang paling mudah adalah mendapatkan khidmat nasihat daripada AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Anda boleh layari laman web AKPK untuk maklumat lanjut...www.akpk.org.my 

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan perancangan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju).
*** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

ORANG MALAYSIA "MEMANG" TAK PAHAM UNTUK RANCANG WANG BERSARA ???

Kebanyakan rakyat Malaysia TIDAK MEMAHAMI sepenuhnya kepentingan dan manfaat kewangan peribadi, melabur dengan bijak dan merancang untuk persaraan.
Kaji selidik dari Citi Financial Quotient (FIN-Q), mendapati berdasarkan kepada keputusan keseluruhan ditunjukkan dalam 11 bidang topik kewangan utama, keputusan dari Malaysia menunjukkan purata skor Citi FIN-Q ialah 49 mata daripada 100. Selebihnya 59 peratus rakyat Malaysia yang dikaji selidik itu mencatatkan skor 49 mata dan ke bawah.

Kita tidak boleh lagi bergantung kepada bantuan kewangan dari sanak saudara dan anak-anak. Oleh itu, kita perlu membuat perancangan satu portfolio yang pelbagai yang bersesuaian,” kata Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Globalnya, Timothy Johnson kepada pemberita di sini hari ini.

Kaji selidik FIN-Q itu yang terdiri daripada 400 temu ramah dalam talian mempunyai 30 soalan setiap satu di seluruh Malaysia, dilaksanakan untuk menentukan tahap pemahaman di kalangan rakyat Malaysia mengenai kewangan peribadi dan amalan kewangan mereka.
Di dalam bidang kewangan peribadi hanya 28 peratus dari responden mengawal peruntukan bajet mereka, 37 peratus berjimat manakala 46 peratus cuba berjimat dan membuat peruntukan perbelanjaan.
“Di segi tabiat melabur pengurusan wang dan kewangan peribadi, sebanyak 37 peratus mengetahui subjeknya dan 55 peratus mempunyai idea yang baik tentang apa yang akan dilakukan dengan enam bulan pendapatan mereka,” kata Johnson.

Sebaliknya, kira-kira 60 peratus tidak berasa yakin dengan penjimatan untuk persaraan mereka, dengan lebih ramai wanita melahirkan kebimbangan tentangnya.
Hanya 22 peratus dari responden mempunyai rancangan persaraan yang rasmi manakala lebih daripada seperempat tidak ada idea atau tidak memulakan lagi satu rancangan persaraan manakala 45 peratus mempercayai mereka akan menerima bantuan kewangan dari anak-anak mereka.
Sementara sebahagian besar rakyat Malaysia berpandangan mereka mempunyai pengaturan yang positif terhadap kualiti hidup mereka pada masa ini dan kewangan pada masa hadapan, tetapi secara realitinya, ramai yang tidak pasti mengenai keselamatan kewangan mereka.

“Kami melihat satu trend di seluruh dunia terutamanya dalam pasaran yang lebih maju. Masyarakat mula merancang masa depan kewangan mereka. Dan ianya akan menjadi trend di Malaysia,” katanya.

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat perundingan kewangan bagi merancang dana persaraan anda (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
*** Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa ye???

PELAN BIJAK BELANJA... SUDAH ADA KE ???

Melangkah ke alam pekerjaan adalah titik permulaan bagi anda untuk mula mendalami aspek pengurusan kewangan. Ia juga tempoh bagi anda untuk memulakan aspek perancangan kewangan yang kelak akan memastikan anda dapat hidup dengan wang mencukupi ketika dewasa dan tidak terjebak dengan kancah hutang serta tidak menghadapi masalah perbelanjaan bulanan.

Inilah juga masanya untuk anda mencari akaun perbankan yang sesuai untuk mendapatkan faedah sepenuhnya daripada akaun perbankan yang dipilih itu. Untuk mendapatkan manfaat daripada akaun berkenaan, anda perlu membandingkan kadar dan manfaat yang ditawarkan produk yang berbeza.

Sebagai individu yang baru bekerja, anda tentunya ingin mengetahui apakah kaedah bayaran alternatif yang menyenangkan yang boleh digunakan untuk pembelian sebagai ganti kepada kaedah membayar secara tunai.

Jika pendapatan tahunan anda melebihi RM18,000, anda bolen memohon kad bayaran termasuk kad kredit. Bandingkan kad yang ditawarkan, dan yang lebih penting, ketahui bagaimana untuk mengurus penggunaan kad itu kerana penggunaan yang tidak terkawal boleh membawa bebanan kewangan. Jika anda ingin membeli rumah atau kereta sendiri pula, terdapat pelbagai pinjaman perumahan dan sewa-beli kenderaan yang boleh membiaya pembelian itu yang ditawarkan oleh pelbagai institusi perbankan.

Bagaimanapun, ada baiknya anda membuat perbandingan produk yang ditawarkan itu. Lihat perbezaan harga dan ciri-ciri pinjaman. Anda juga harus ingat, dengan pembelian rumah atau kenderaan, anda juga perlu mendapatkan perlindungan insurans untuk rumah, kenderaan atau pinjaman anda.
Satu lagi aspek yang perlu diambil kira sebagai individu bekerja adalah untuk mengambil tahu perkara mengenai insurans perubatan dan kesihatan serta insurans dan pelaburan supaya anda dilindungi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Namun, langkah pertama yang perlu dilakukan sebaik mula melangkah ke alam pekerjaan adalah merancang perbelanjaan bulanan.
Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda bergaji besar atau kecil bagi tujuan mencapai matlamat kewangan iaitu sama ada bagi membeli kereta, rumah, pergi melancong, mendirikan rumah tangga atau bagi tujuan persaraan.
Antara kesilapan yang sering dilakukan kebanyakan daripada kita adalah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Namun, anda sebenarnya boleh mengelak daripada melakukan kesilapan sebegini dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.
Selepas anda menentukan matlamat kewangan yang ingin dicapai, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik supaya matlamat itu mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda dalam masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda.

Menerusi pemerhatian itu, anda dapat mengetahui:
Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang?
Berapa banyak hutang anda setiap bulan?
Berapa baki wang yang masih ada di hujung bulan?
Sekiranya wang anda tidak berbaki pada hujung bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja. Justeru, teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah dibeli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda.

Pelan perbelanjaan itu juga dapat membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana wang dibelanjakan dan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan itu serta mula merancang simpanan anda.

Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan BIJAK seperti berikut:
Tentukan jumlah pendapatan bulanan anda.
Tambah jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjaman pelajaran, pinjaman kereta, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain.
Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti membayar cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain.
    Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

    Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan perancangan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju).
    *** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

    DANA KECEMASAN...PERLU ADA KE ???

    Anda mungkin pernah mendengar pepatah ini, "Apabila hujan, ia turun dengan lebat!" Ini adalah benar, lebih-lebih lagi dalam masalah kewangan kerana kesan gandaan. Justeru, kita dinasihatkan supaya menyediakan satu Dana Kecemasan kita sendiri sebelum 'tsunami' kewangan melanda!

    Apakah yang dimaksudkan "Dana Kecemasan"?
    "Dana kecemasan" biasanya adalah satu dana yang anda cipta untuk membayar perbelanjaan di luar jangkaan. Sebagai contoh:
    • Tayar kereta anda perlu ditukar dengan yang baru.
    • Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan.
    • Anak anda mempunyai masalah apendiks dan memerlukan pembedahan.
    • Gigi geraham anda perlu dicabut.
    • Tiba-tiba syarikat anda bankrap.
    Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak! Itulah masanya "hujan lebat"!
    Mengapa Saya Perlu Ada "Dana Kecemasan"?
    Seperti mana yang dikatakan oleh Forrest Gump dalam filemnya "Life is like a box of chocolates… you'll never know what you'll get!" ("Hidup ini seperti sekotak coklat... anda tidak akan tahu apa yang anda akan dapat!") Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari cerah dan hari hujan. Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungi diri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untuk situasi yang tidak diduga, pada waktu itulah anda memerlukan lonjakan tambahan "Vitamin M" (duit kecemasan).

    Amat mudah untuk terperangkap dalam hutang (lebih-lebih lagi hutang kad kredit dan "Along"), jika anda tidak mempunyai duit simpanan. Anda tetap mahu membayar bil dan memastikan hutang kad kredit sentiasa rendah, walaupun ketika sesuatu yang tidak diduga berlaku ke atas anda. Oleh kerana tiada siapa yang tahu masa depan, semua orang memerlukan dana kecemasan.
    Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?
    Anda mungkin berfikir yang tiada baki duit yang dapat disimpan selepas membayar semua bil. Ramai orang, tidak kira berapa banyak duit yang mereka ada, mengatakan mereka tidak dapat menyimpan. Itu adalah kerana perbelanjaan biasanya meningkat sehingga ia menggunakan semua duit lebihan anda.

    Namun, hanya anda saja yang boleh mengubah keadaan ini. Begini caranya:
    1. Bayar diri anda sendiri terlebih dulu.
    2. Cipta satu "akaun simpanan automatik" yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan.
    3. Turunkan perbelanjaan anda dengan hidup secara bijak.
    4. Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang benar-benar ketat!
    5. Cuba sehingga anda berjaya tetapi jangan putus asa!!
    Apakah yang dimaksudkan "Bayar Diri Anda Sendiri Terlebih Dulu"?
    Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duit anda dan anda berhak menyimpan sebahagiannya untuk diri dan keluarga anda.

    Jangan berputus asa jika anda hanya dapat menyimpan sedikit. Menyimpan seringgit sehari atau RM10 seminggu, mungkin tidak banyak tetapi di hujung tahun, anda akan mempunyai RM365 atau RM520. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan, "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!" Adalah lebih baik untuk menyimpan sedikit setiap minggu daripada cuba menyimpan dengan banyak dan gagal.

    Jadi, kuncinya ialah menjadikan tabiat menyimpan duit setiap kali mendapat gaji. Apabila anda menyimpan terlebih dulu, anda akan dapat memastikan perbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika anda tidak nampak duit, anda tidak berpeluang untuk membelanjakannya. Seperti yang dikatakan, "Out of sight, out of mind!" ("Apa yang tidak dapat dilihat, tiada dalam minda!").
    Berapa banyak yang patut saya simpan?
    Sebagai garis panduan, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan anda. Bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan selalu. Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang anda selesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arah matlamat itu. Sudah tentu jika anda boleh simpan lebih, itu adalah lebih baik.

    Matlamat anda adalah untuk mencipta dana kecemasan yang cukup untuk tiga ke enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dengan cuba menyimpan perbelanjaan seminggu, kemudian dua minggu dan secara perlahan bertambah kepada sebulan dan seterusnya.

    Ingat: Mendapat tabiat menyimpan adalah lebih penting daripada berapa banyak yang anda simpan!
    Di manakah saya patut menyimpan "Dana Kecemasan" saya?
    Dana kecemasan anda patut disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan pada waktu kecemasan. Namun, ia tidak patut menjadi terlalu senang untuk anda menggunakannya dengan sesuka hati anda. Anda mungkin memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan bank tetapi memilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya, anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan. Pilih dana yang memastikan keselamatan kepada modal anda sementara memberikan pulangan yang berpatutan.

    Apabila anda mendapat pendapatan, ingat untuk membayar diri anda sendiri terlebih dulu. Cara yang mudah untuk melakukan ini ialah dengan berdaftar dengan skim potongan gaji. Anda boleh mengarahkan majikan anda atau bank anda untuk menyimpan sebahagian daripada gaji anda ke dalam akaun simpanan atau saham amanah anda setiap bulan. Ingat bahawa akaun ini adalah untuk kecemasan saja dan seboleh yang mungkin, anda tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain!
    Bagaimana saya boleh tahu bila "Dana Kecemasan" dapat digunakan?
    Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlu memikirkan hal ini dengan lebih awal. Masih ingatkah perbincangan kita mengenai menetapkan syarat? Buat beberapa syarat untuk situasi yang anda boleh gunakan duit ini, supaya anda tidak membazirkannya. Kemudian patuhi syarat anda sendiri!

    Soalan berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat:
    • Adakah perbelanjaan ini satu Keperluan atau Kehendak?
    • Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
    • Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
    • Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
    • Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
    • Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan saya ini pada bulan depan?
    Sentiasa ingat bahawa ini adalah "Dana Kecemasan" anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akan menyentuhnya! Tiada alasan!

    Kesimpulan

    Terdapat satu lagi pepatah Melayu yang mengatakan bahawa kita patut sediakan payung sebelum hujan. "Dana Kecemasan" ini adalah payung kita dan pastikan ia cukup besar untuk melindungi anda apabila hujan (tetapi pastikan tidak ada kebocoran!). Malah anda juga boleh menyediakannya melalui pelaburan di dalam Unit Amanah / Unit Trust Islamic atau tidak!!!

    Jadi, mula bina dana ini sekarang dan ia mungkin penyelamat anda suatu hari nanti.

    Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan perancangan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
    *** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

    RANCANG WANG PERSARAAN ANDA SEKARANG !!! KENAPA ???

    Sekiranya perancangan awal kewangan untuk berdepan fasa persaraan tidak dilakukan, ia pasti menjadi fasa hidup yang amat membebankan. Apabila berbincang mengenai hari persaraan, ramai di antara kita yang mengambil mudah fasa hidup itu. Walaupun ia satu peringkat di mana kebanyakan kita menjalani kehidupan yang lebih rileks, namun itu tidak bermakna kewangan kita juga akan begitu. Saya suka menggambarkan hari-hari persaraan itu seperti hari-hari huruf merah! Apakah dia hari-hari huruf merah?

    Setiap kali kita perhatikan kalendar di atas meja, di dinding mahupun dalam diari, satu perkara yang nyata, hari Ahad dan hari cuti umum adalah hari-hari yang ditanda dengan huruf merah. Ia adalah hari kita meluangkan masa yang banyak dengan suami dan anak-anak selain waktu untuk pergi membeli-belah. Tanpa kita sedari, apabila kita lihat semula catatan atau skor simpanan kita, hari Ahad atau cuti umum merupakan hari yang menuntut perbelanjaan yang tinggi.

    Manusia semakin panjang umur
    Hari ini manusia mampu hidup lebih lama. Ia adalah satu berita baik, tetapi pada yang sama, ramai yang tidak menyedari ia juga boleh menjadi berita buruk. Kebaikannya kita boleh menikmati hidup yang lebih panjang dengan orang tersayang. Tetapi, berita buruknya adalah biasanya ia turut melonjakkan keperluan kewangan kita selepas pencen.
    Perbelanjaan seharian
    Selalunya apabila sudah bersara, kita akan mengurangkan pengambilan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan berminyak, gula, garam berlebihan dan makanan karbohidrat. Tetapi, apabila kita memilih makanan yang berkhasiat, harganya pula selalunya tinggi.
    Apa tidaknya, kalau kita membeli makanan organik, ikan berisi putih, sayur-sayuran yang diimport dan sebagainya, perbelanjaan setiap hari dan kos pembiayaannya amat tinggi. Satu perkara yang perlu diambil kira adalah pengambilan ubat-ubatan yang terbaik dan pelbagai vitamin akan menentukan kesihatan kita menjelang hari tua nanti.
    Kos pembiayaan perubatan
    Memang menjadi satu kebiasaan apabila umur semakin meningkat, banyak pula penyakit yang tidak diingini datang menjenguk. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, sakit lutut dan sendi-sendi masih boleh lagi dirawat dengan membeli ubat-ubatan dari farmasi.
    Tetapi, apabila penyakit-penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar, kanser dan sakit buah pinggang datang menyerang, kos pembiayaan kesihatan akan meningkat sehingga dua atau tiga kali ganda. Di sinilah, wang simpanan yang cukup, memainkan peranan penting apabila sudah bersara.
    Bersara dengan gaya hidup terbaik
    Kita boleh memilih gaya hidup yang kita idamkan setelah kita bersara. Persaraan tidak bermakna kita akan meringkuk dalam kegelapan dan kesusahan. Marilah kita sama-sama merancang kos gaya hidup hari-hari persaraan dengan baik seperti mana yang kita impikan.
    Jadi apabila tibanya masa bersara, ia merupakan satu permulaan hidup baru yang menyeronokkan.
    Ia menjadi fasa yang lebih tenang untuk kita beribadat atau melakukan hobi-hobi diminati yang tidak sempat dilakukan dahulu kerana sibuk dengan kerja. Masa inilah juga kita melancong ke mana saja yang kita inginkan dengan suami atau isteri yang tercinta.

    Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat perundingan kewangan bagi merancang dana "pencen" anda (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
    *** Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa ye???

    12 PRINSIP JUTAWAN YANG PERLU KITA TAHU...

    Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa. Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang. Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan.Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.
    Antara 12 prinsip jutawan yang boleh kita ikut bersama:-
    1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.
    2. Mereka merancang dan bertindak segera. Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.
    3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti "mencuri" daripada masa depan mereka.
    4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.
    5. Mereka cuba mengelakkan dari berhutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.
    6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.
    7. Mereka berjimat ke atas setiap ringgit yang dibelanjakan.
    8. Mereka benci berbelanja.
    9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.
    10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.
    11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.
    12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.
      INGAT!!! Prinsip jutawan yang PALING HEBAT adalah pada #7 di mana "Mereka SENTIASA BERJIMAT cermat ke atas setiap ringgit yang dibelanjakan...(ataupun mereka ada melabur sedikit-sebanyak dalam instrumen Dana Unit Amanah / Unit Trust...hehehe...)


      Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat berkenaan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
      *** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

      TIPS TERBAIK MEMBELI RUMAH IDAMAN HATI...

      Alhamdullillah menjelang awal tahun 2010 baru-baru ini...saya bersama-sama isteri dapat juga memiliki rumah idaman kami...(teres 2 tingkat jer...xler besar sangat...tapi yang penting ianya FREEHOLD & lokasinya TERBAIK...sesuai untuk pembesaran anak2). Namun bagi sesiapa yang belum pun memiliki rumah "idaman kalbu" mungkin tip-tip berikut dapat membantu...

      Memiliki kediaman atas nama sendiri menjadi idaman semua individu namun, tidak ramai yang tahu prosedur pembelian rumah, malah lebih memeningkan kepala memikirkan faktor kewangan bagi membayar ansuran bulanan.

      Kebanyakan individu keliru memikirkan soal rumah sebagai keperluan atau kemahuan yang mana pada akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah berikutan kekurangan wang bagi menampung perbelanjaan bulanan yang hampir separuh disalurkan untuk membayar ansuran rumah yang diidamkan.

      Berikut merupakan antara tips dari Ketua Pegawai Eksekutif, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Mahdzir Md Isa (gambar), mengenai panduan sebelum membuat keputusan membeli rumah bagi mereka yang pertama kali bercadang memiliki kediaman sendiri.

      Apakah perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah?
      Perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan ialah melihat kemampuan kewangan sendiri. Ini kerana tidak semua individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman jenis banglo.

      Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat kiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli.


      Namun, harus diingat bahawa pendapatan bulanan tidak seharusnya dicampur dengan elaun atau bayaran kerja lebih masa (OT) kerana ia bukan sebahagian pendapatan tetap.
      Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sebanyak RM500, adakah dia perlu membeli kediaman yang menetapkan ansuran bulanan sekitar jumlah sama?
      Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah yang ingin dibeli itu berada pada lokasi yang setara.

      Sebelum pinjaman perumahan diluluskan, bank akan melihat kelayakan pemohon. Ini termasuk meneliti pendapatan bulanan dan harga rumah yang ingin dibeli. Malah, bank akan melihat sama ada bayaran bulanan tidak melebihi satu per tiga gaji.

      Contohnya, pembeli ingin mendapatkan rumah berharga RM150,000. Sekiranya dicampur faedah yang dikenakan bank, bayaran pendahuluan serta tempoh pembiayaan, maka bayaran bulanan mencecah RM1,012 dan ia jelas menunjukkan pembeli yang mempunyai lebihan pendapatan RM500 masih belum mampu membeli rumah berharga RM150,000.
      Jika perkara seumpama itu berlaku, apakah langkah yang harus diambil oleh individu itu?
      Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.

      Mungkin ada individu yang mengikat perut untuk membayar ansuran bulanan rumah, namun harus ambil kira simpanan untuk kecemasan.

      Selain itu, bagi mereka yang masih ingin mendapatkan rumah sendiri, memilih rumah yang dilelong adalah satu cara yang baik kerana harga rumah lelongan adalah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

      Jangan terus melabelkan rumah lelong sebagai rumah tinggal atau banyak kerosakan kerana bakal pembeli berhak melihat keadaan rumah sebelum membuat bidaan.
      Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?
      Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari.

      Malah, saya nasihatkan supaya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, pastikan anda benar-benar mempunyai simpanan yang cukup untuk membuat bayaran pendahuluan kerana idea membuat pinjaman peribadi bagi membayar wang pendahuluan hanyalah akan menambah masalah.

      Selain itu, antara tip yang boleh diguna pakai adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat yang boleh antara 15 hingga 20 tahun.

      Walaupun ada bank yang menawarkan pinjaman sehingga dua generasi mencecah tempoh 40 tahun, ia bukan satu langkah yang bijak kerana kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak.
      Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membuat pembelian rumah?
      Kita sedia maklum semua orang memiliki rumah idaman masing-masing dan tidak ada yang mengidamkan untuk memiliki rumah kecil. Namun, sebagai permulaan, ia adalah langkah terbaik kerana rumah adalah keperluan. Walaupun kita mahukan rumah semi-D berharga RM300,000, namun berdasarkan pendapatan semasa ia di luar kemampuan, maka tidak salah sekiranya kita membeli apartmen atau flat yang murah.

      Dalam tempoh 10 tahun, harga rumah mungkin akan meningkat. Sekiranya keadaan itu berlaku, ambil tindakan dengan menjual rumah berkenaan dan wang yang diperoleh boleh digunakan untuk membayar wang pendahuluan rumah idaman anda.

      Jangan tertekan dengan spekulasi bahawa sekiranya tidak beli rumah sekarang, harga akan meningkat. Memang benar harga rumah akan meningkat namun, ia tidak akan melebihi dua kali ganda harga kini dalam tempoh lima tahun. Malah, harga siling rumah ditetapkan pasaran. Jika terlalu mahal, tiada siapa akan beli.


      Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat perundingan kewangan & pelaburan yang betul (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
      *** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa yer???

      SUDAHKAH ANDA MERANCANG PELAN "PENCEN" ANDA ???

      Hmmm...mungkin petikan berita ini dapat menjelaskan lagi betapa PELAN "PENCEN" persendirian adalah PERLU malah sepatutnya WAJIB bagi semua TERUTAMANYA bagi orang MELAYU-ISLAM...

      "Semua masyarakat Malaysia yang bekerja sepatutnya memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bagi pelan persaraan mereka selain dari caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Timbalan Presiden Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia, Tan Beng Wah berkata, KWSP hanyalah jaringan keselamatan, ia bukan pencen untuk hidup...(so sepatutnya Rakyat Malaysia patut melabur di dalam Unit Amanah / Unit Trust / Islamic Unit Trust)...

      “Pekerja tidak boleh menyalahkan KWSP jika mereka kehabisan wang selepas bersara kerana kedudukan kewangan peribadi tanggungjawab sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Setiap Orang Boleh Bersara Dengan Baik 2010, di Petaling Jaya semalam. Menurut satu kertas penyelidikan yang disediakan Majlis Nasional bagi Pertubuhan Warga Tua Malaysia (NACSCOM) pada 2007, Malaysia mempunyai 1.6 juta penduduk berusia melebihi 60 tahun pada 2006 dan dijangka meningkat kepada 3.2 juta menjelang 2020 dan 6.9 juta menjelang 2035. NACSCOM berkata, apabila penduduk mencecah usia 55 tahun, mereka tidak boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan kerana bank dan syarikat kewangan menganggap mereka sebagai berisiko tinggi, malahan syarikat insurans enggan menaja jamin polisi mereka. - petikan dari BERNAMA".


      Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat perundingan kewangan bagi dana pencen anda (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
      *** Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa ye???

      ANDA PELABUR YANG MANA ???

      Bagi saya pengalaman dan pengetahuan memainkan peranan penting dalam aspek kewangan, tidak kiralah samada dari konteks simpanan, pelaburan (unit trust???), perlindungan, insurans/takaful, cukai/zakat dsb. Walaupun begitu, pernahkah terlintas di hati anda untuk mengetahui anda tergolong dalam kategori pelabur yang mana satu? Nak tau lebih jelas...Jom kita tengok senarai dibawah...kita dalam kategori yang mana satu?

      1 - Pendatang Baru
      Kategori ini merangkumi mereka yang baru kali pertama melabur dan kurang berpengalaman dalam hal-ehwal pelaburan. Mereka menyedari bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, mereka perlu menabung dan melabur. Ada kalanya, dalam keghairahan mereka membuat pelaburan, mereka mendapatkan panduan daripada sumber maklumat atau orang yang salah, lantaran melakukan kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan, atau lebih buruk lagi, menjadi mangsa skim pelaburan tidak sah seperti pelaburan Internet dan sebagainya.
      2 - Pelabur Berwaspada
      Mereka yang tergolong dalam kategori ini akan mengelakkan diri daripada melabur dalam pelaburan yang berisiko tinggi. Selalunya mereka akan berfikir panjang sebelum melabur dan mengambil masa untuk memahami sesuatu produk pelaburan tertentu. Biasanya, pelabur begini tidak mengharapkan pulangan yang tinggi dan akan melabur dalam produk pelaburan yang stabil atau menjamin pulangan serta memelihara modal pelaburan mereka.
      3 - Kaki Judi
      Pelabur yang termasuk dalam kategori ini pada dasarnya merupakan mereka yang gemar mengambil risiko tinggi. Umumnya, mereka bersedia untuk mengalami kerugian dalam pelaburan. Mereka mudah tertarik kepada “ramalan panas” dan khabar angin pasaran. Mereka memilih pelaburan tambah nilai modal dan cuba membuat keuntungan seberapa cepat yang boleh. Selalunya, mereka membuat keputusan pelaburan berdasarkan naluri atau “perasaan” dan bukannya maklumat yang betul. Disebabkan itu, ada kalanya sukar bagi mereka untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam pelaburan yang salah atau tidak sesuai dengan matlamat kewangan kerana mereka berpandukan kepada naluri semata-mata.
      4 - Pelabur Pasif
      Pelabur yang pasif biasanya percaya bahawa setelah mereka membuat sesuatu pelaburan, ejen atau remisier adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjaga pelaburan tersebut atau mereka beranggapan bahawa pelaburan tersebut akan terjaga dengan sendirinya. Pelabur sebegini selalunya jarang atau tidak pernah langsung memantau pelaburan mereka. Mereka juga tidak membaca dokumen berkaitan pelaburan yang dihantar kepada mereka, umpamanya penyata kewangan, laporan tahunan atau nota kontrak. Mereka terus-menerus tidak peduli walaupun terdapat masalah atau perkembangan terkini yang mungkin memberi kesan kepada pelaburan mereka.
      5 - Pelabur Bijak
      Mereka ini melabur berdasarkan maklumat dan bukannya emosi. Mereka menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai untuk memantau pelaburan mereka dengan teliti. Mereka mendapatkan nasihat daripada mereka yang berlesen dan membuat keputusan pelaburan hanya setelah menimbangkan kebaikan dan keburukannya. Mereka berusaha untuk memahami ganjaran dan risiko sesuatu produk pelaburan itu dan tidak akan membiarkan pelaburan mereka tidak dipantau. Pelabur bijak seperti ini bersedia untuk menukar strategi pelaburan jika ia sudah tidak konsisten dengan matlamat dan objektif kewangan mereka.

      Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat perundingan kewangan & pelaburan (terutamanya dalam Unit Amanah Islam @ Islamic Unit Trust) yang betul secara PERCUMA sekarang!!! 017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
      *** Ya! PERCUMA!!! Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa ye???