KURANGKAN RISIKO... TINGKATKAN KEUNTUNGAN !!!

Satu cara yang selalu disebut ketika bercakap mengenai bagaimana mengelakkan daripada menghadapi banyak risiko dalam pelaburan ialah pempelbagaian.

Pempelbagaian bermakna "mengembangkan pelaburan kepada beberapa cabang", iaitu tidak meletakkan wang dalam satu pelaburan sahaja, sebaliknya menyertai beberapa pelaburan.
Samalah seperti tidak meletakkan semua telur dalam satu bakul, kerana jika bakul terhempas jatuh, kemungkinan semua telur akan pecah. Begitu juga, jika anda melaburkan semua wang dalam saham satu syarikat, jika nilai saham itu menjunam jatuh, anda mungkin kehilangan wang yang dilaburkan.

Sesuatu portfolio pelaburan yang dipelbagaikan mempunyai beberapa cabang pelaburan. Setiap cabang boleh pula disamakan dengan satu kumpulan aset (seperti saham atau bon atau niaga hadapan). Langkah selanjutnya ialah mempelbagaikan pelaburan dalam sesuatu kumpulan aset tersebut. Misalnya jika membeli saham belilah daripada berbagai-bagai sektor; atau jika membeli unit amanah, belilah lebih daripada satu jenis (umpamanya dana pendapatan, dana pertumbuhan, dana bon dan lain-lain).
Strategi yang baik ialah menggabungkan pelaburan yang berisiko tinggi dengan yang berisiko rendah dan meletakkan pelaburan itu dalam setiap cabang pelaburan dan kumpulan aset. Mengapa buat demikian?
Supaya anda mempunyai peluang lebih baik untuk berjaya dalam sesuatu kelas aset dan di kalangan kumpulan sesuatu aset. Bayangkan bagaimana jika semua wang simpanan anda terikat dalam pasaran saham sedangkan anda dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang tunai dengan cepat. Sudah tentu anda menghadapi masalah mudah-tunai sekiranya pada waktu itu pasaran saham pula terus menjunam.

Keadaan ini terjadi akibat tidak mempelbagaikan pelaburan dalam sesuatu kumpulan aset. Atau anda mungkin meletakkan semua wang dalam saham hartanah, kemudian mendapati perniagaan hartanah menjunam jatuh sedangkan saham sektor lain pula melonjak naik. Ini ialah contoh tidak mempelbagaikan pelaburan dalam sesuatu kelas aset.

Tetapi, melalui pempelbagaian, jika satu daripada aset anda menjunam teruk, anda mempunyai banyak pilihan lain sebagai sandaran.
Jika anda membuat mempelbagaikan pelaburan secara bijak, kerugian yang ditanggung dalam sesuatu pelaburan boleh ditampung oleh keuntungan daripada pelaburan lain yang berprestasi baik. Risiko pelaburan anda juga dapat dikurangkan manakala kadar purata pulangan dapat dimaksimumkan.
Bagaimanapun, elakkan daripada mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan. Memang betul tidak wajar jika anda melaburkan semua wang dalam satu tempat, tetapi melaburkannya dalam terlalu banyak instrumen kewangan juga tidak bijak kerana sukar untuk mengawasi semua pelaburan serentak. Lagipun, kalau mempelbagaikan pelaburan secara berlebihan, pelaburan anda akan membuat imbangan balas antara satu sama lain (mungkin pelaburan yang mengalami kerugian lebih banyak berbanding pelaburan yang untung dan keuntungan itu terpaksa digunakan untuk menutup kerugian) hingga menyebabkan akhirnya anda tidak mendapat apa-apa daripada pulangan pelaburan anda.
"Risiko wujud sebab kita TIDAK TAHU apa yang kita sedang lakukan" - Warren Buffet
Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat TERBAIK BERKENAAN UNIT TRUST @ UNIT AMANAH YANG BERJAYA secara PERCUMA sekarang!!!  017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
*** Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa ye???

0 comments: