KENAPA SAYA PILIH KERJAYA SEBAGAI PERUNDING UNIT AMANAH / UNIT TRUST ???

Mari saya cerita kenapa saya memilih kerjaya PERUNDING UNIT AMANAH / Unit Trust sepenuh masa walaupun dulu...saya ada kerja yang agak bagus...gaji yang agak baik...pangkat yang agak besar...punyai pekerja yang berdedikasi....Antaranya sebabnya...

1. Saya Sebagai Pemilik Perniagaan (Business Owner)
Tiada siapa yang boleh menghalang saya membina kumpulan dan membangunkan perniagaan saya dengan merangka strategi perniagaan saya sendiri...(Ikut suka U lah...hehehe tagline 7up kalau anda perasan :D)
2. Saya Tentukan Gaji Saya Sendiri
Saya mempunyai kebebasan untuk menentukan pendapatan saya sendiri. Dengan potensi pasaran begitu luas yang masih belum diterokai, saya boleh memperolehi pendapatan sehingga 6 angka sebulan. (Orang lain boleh kenapa saya tak boleh???)
3. Waktu Kerja Anjal (Flexible)
Saya tidak terikat lagi dengan waktu kerja dari pukul 8.00 pagi - 5.00 petang. Saya boleh menentukan waktu perniagaan saya sendiri dan bila mana nak bercuti/rehat. Saya tidak perlu risau tentang 'punch card', permohonan cuti, cuti sakit dan sebagainya. Saya juga boleh memilih sama ada saya ingin menjadikan perniagaan ini separuh masa mahupun sepenuh masa. (Maklumlah sekarang dah ada famili...anak2 makin membesar...paham2 lah ekkk...)
4. Modal Permulaan Rendah
Saya hanya perlukan modal di antara RM270 sahaja (kalau tak silap la...) untuk menjadi perunding unit amanah, dengan potensi pendapatan tiada had bergantung kepada usaha saya sendiri. (Semua bisnes perlukan modal...nie antara bisnes yang modalnya ciput...)
5. Pendapatan Lumayan
Jumlah pendapatan yang memang lumayan termasuk pendapatan pasif & bonus tahunan, percutian keluar negara percuma dan ditanggung sepenuhnya, insentif insurans percuma, subsidi pinjaman rumah/kereta/konmputer, subsidi yuran pelajaran, dsb. (Saya mesti MAHU!!!)
6. Khidmat Komuniti & Kemasyarakatan
Saya juga berpeluang untuk memberi khidmat bantuan komuniti dan masyarakat (terutamanya rakan-rakan dan saudara sendiri) akan pentingnya menyediakan perancangan kewangan yang betul. Di samping menyedarkan orang ramai akan kelebihan melakukan simpanan dan pelaburan di tempat yang betul, sah dan halal serta diakui oleh BNM. Malah sebagai muslim saya juga dapat menunaikan fardu kifayah di mana saya dapat berkongsi pengetahuan berkenaan konsep kewangan yang mematuhi panduan syariah islam bersama masyarakat. (Alhamdullilah...kalau tak dapat klien tapi dapat pahala dengan sebarkan ilmu kewangan islam pun OK apa... :P)

POTENSI PASARAN

Industri Unit Amanah tempatan merupakan industri yang bernilai berbilion-bilion ringgit (multi-billion industry) dengan potensi yang amat luas sama ada pasaran tunai mahupun KWSP.

Bagi pasaran tunai, Laporan Bank Negara (November 2008) menunjukkan jumlah bagi deposit permintaan dan simpanan individu secara konvensional dan Islam adalah sebanyak lebih daripada RM347 Billion! Sementara kadar simpanan nasional terus menunjukkan kadar yang tinggi iaitu sebanyak 37%.
(Sumber : Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia)

Nisbah saiz pelaburan unit amanah berbanding simpanan tetap ialah sebanyak 1:6 iaitu dalam setiap RM6 pelaburan di dalam simpanan tetap, terdapat hanya RM1 mewakili pelaburan di dalam unit amanah.

Berdasarkan Laporan Tahunan KWSP 2008, jumlah keahlian KWSP kini mencecah 12.07 juta ahli pada 31 Disember 2008 dengan jumlah bilangan ahli aktif (ahli yang masih mencarum) seramai 5.71 juta tahun 2008. Jumlah dana pelaburan KWSP pula telah mencecah RM342.01 Bilion pada tahun 2008.

Hubungi saya SEKARANG dan dapatkan khidmat nasihat BAGAIMANA UNTUK MENJADI PERUNDING UNIT TRUST @ UNIT AMANAH YANG BERJAYA secara PERCUMA sekarang!!! 
017-385 3626 @ 019-393 5464 (En. Aju). 
*** Hanya untuk 10 orang terpantas sahaja...Kenapa ye???

0 comments: